bagaimana nak lajukan kipas siling anda yg perlahan?
Kadang-kadang kipas siling, kipas
meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin
perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada
tahap maksimum.
Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?
Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas
tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini
menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.
[I]Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas [I]
Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling
Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja
di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya
nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang
menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan
yang baru.
Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai
Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan
kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan
kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh
merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor
tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.
Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa
membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.
FAQ
Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja
pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen
elektronik.
Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor
kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi
'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan
kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai
iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini
tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah
rosak.
Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang
menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing
sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju.
Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik
dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang
mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.
Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami
over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi.
Adakah ia boleh dibaiki ?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote
control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat
pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik
dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki
papan elektronik untuk membaiki kipas anda.
Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah
diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi
kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?
Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'.
Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda
perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk
kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas
baru. Lebih baik beli kipas baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment