Monday, December 2, 2013

Tip tajamkan minda

As salamu'alaikum shbt yg di kasihi. Utk sembelih binatang kita perlukan pisau yg tajam. 
Justeru, pisau kena di asah selalu agar sentiasa tajam. 

Utk bekerja dgn cemerlang, kita perlukan MINDA YG TAJAM. 
Apa usha kita utk tajamkan minda? 

Tip tajamkan minda: 

1.Jaga solat & baca Quran,
2.Solat istikharah tiap mlm,
3.Baca Surah Al Insyirah & doa penerang hati yg lain,
4.Baca Doa Pembuka 12 pintu & Doa Pelindung sifat negatif,
5. Baca Doa mula kerja & Doa akhir kerja,
6. Wacana intelektual dgn golongan ilmuan,
7. Membaca buku berkaitan kerjaya & aspek umum,
8. Makanan seimbang yg merangsang minda,
9. Lakukan exercise secara berkala utk sihat fizikal & mental,
10.Berkawan dgn org2 yg positif & bijaksana,
11. Byk bertanya & minta nasihat drp org yg alim,
12. Azam utk buat yg terbaik & mampu mencipta sejarah,
13. Sentiasa bertawakkal & redha dgn ketentuan Allah SWT.
 
(Kebanyakan Doa yg di sarankan di atas, ada di FANPAGE SAYA NI).
 
Moga Allah sentiasa rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Monday, November 18, 2013

PETUA MENGUBATI RESDUNG

PETUA MENGUBATI RESDUNG

Limau nipis 8 biji..
Daun pandan 10 helai hiris halus macam bunga rampai.. Perah limau nipis tadi..
Gaulkan sampai sebati..
New chemical akan terbentuk..
Sapu di muka.. Kalau sesuai..
Tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling banyak akan keluar ikut kening..
Kalau sangkut tarik jer ulat tu..

Buat 3 kali seminggu..
Elok antara jam 10.00 a.m -3.00 pm sebab virus tu tengah aktif..
Campuran lebih boleh simpan dalam peti ais..
Tapi tak se-efective yang fresh..
Elok letak kain hitam atas paha masa sapu sebab ulat ni attacted to black cloth... Kain hitam...

Friday, November 15, 2013

Panduan bagi yang telah berumahtangga

BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA,BAIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Wednesday, November 13, 2013

10 Fakta Tentang LELAKI

10 Fakta Tentang LELAKI:

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Tuesday, November 12, 2013

Punca dan cara mengawal stress

oleh : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum sahabat tersayang. Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma orang yang GILA saja yg tak rasa stress. 

Antara punca stres: 

1. cuai tentang ibadah, 
2. hati yg kotor,
3. tak sabar, 
4. terlalu cerewet, 
5. perisau, 
6. nak jaga hati org, 
7. terlalu perfectionist, 
8. kabur & tak pasti apa nak buat, 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc 

 Antara cara nak kawal stres: 

1. Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3 Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5.Bersedekah, 
6.Ingatkan mati, 
7.Tidur yang cukup, 
8.Bangun tidur secara konsisten, 
9.Bertenang sebelum tidur, 
10.Elak risau sebelum tidur, 
11.Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14.Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15.Peluk bayi, 
16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18.Membelai org tersyg selalu, 
19.Jadi orang baru, 
20.Senyum selalu, 
21.Urut mengurut, 
22.Mandi air suam, 
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor, 
24.Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26.Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27.Lebih tegas (asertif), 
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29.Penafasan yang sempurna, 
30.Bercerita dan mendengar cerita, 
31.Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32.Menjerit di tempat yang 'private‘, 
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya, 
37.Beruzlah (berkhalwat), 
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40.Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun, 
43.Perbaiki komunikasi, 
44.Berterusan berdoa, 
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes), 
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48.Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50.Gambar atas meja, 
51.Momento kenangan manis, 
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53.Lihat bunga atau pokok hijau, 
54.Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56.Cari kumpulan sokongan yang positif, 
57.Terapi Aroma , 
58. terapi Warna, dan byk lagi. Moga Allah rahmati & rawat stres kita. 

Aameen, wassalam.

Monday, September 23, 2013

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya... dan Bagaimana Pulak Pelukan Suami Tu Boleh Buat Isteri Kurus?


KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya

Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?

Kenapa Ada Jerawat di Anggota Badan?

a. DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

b. HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

c. DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

d. PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

e. PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

f. PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Thursday, September 12, 2013

Khasiat Air Kolah Masjid

Khasiat Air Kolah Masjid


Sumber asal:
http://dusunraja.wordpress.com/tag/mandi-air-kolah-masjid/
Mohon dihalalkan perkongsian ini

Salam.
Semasa arwah ayah sakit dulu, pernah saya mengambil air kolah daripada 7 buah masjid untuk ikhtiar rawatan dengan izin ALLAH. Baru-baru ini keluarga sebelah adik ipar saya mendapatkan rawatan islam untuk ikhtiar bagi menyelesaikan masalah mereka. Air kolah daripada 7 buah masjid menjadi bahan yang diperlukan untuk proses rawatan susulan selain daun pokok bidara, limau nipis dan limau purut.
Saya pernah ke masjid kg hulu di melaka untuk mendapatkan air kolah untuk ibu saya yang tidak berapa sihat. Masjid kg hulu antara tumpuan orang untuk tujuan ikhtiar dengan izin ALLAH melibatkan penggunaan air kolah masjid tersebut. Rakan blogger juga pernah highlight air kolah masjid rasah di seremban sebagai alternatif selain air kolah masjid kg hulu.
Anyway, bukan semua orang ada kederat dan kesanggupan nak ke sana semata-mata untuk mengambil air kolah masjid. Saya pun pernah pergi ambil air di 7 kuala sungai…hui yang ni memang mencabar…kecut perut saya bila ingatkan saat nak ambil air kat kuala sungai…bukan mudah….10 kolah masjid pun saya rela daripada kene ke kuala sungai…
Bila saya search, ada perawat yang tolong listkan masjid-masjid di sekitar KL dan selangor yang ada kolah..
Saya just nak share lokasi masjid yang kita boleh pergi dan mudah nak parking di sekitar kuala lumpur. Kalau nak list semua masjid memang banyak cuma jarak agak jauh dari satu masjid ke masjid yang lain dan kita kena lah spend masa sikit untuk beribadat di setiap masjid yang kita ziarah dengan niat apa air kolah diambil. Macam seorang perawat kata, nak ambil air kolah pun janganlah sampai je kat masjid isi air dalam botol, then blah….cam tu cepat ler…setengah jam pun settle..
Bila sampai di masjid, cari kolah, selepas berwuduk, baca fatihah dan sambil penuhkan air dalam bekas air tu selawatlah. Niat ambil air untuk tujuan apa. Bawa air ke dalam masjid then kalau boleh spend time untuk solat tahiyatul masjid, solat hajat dan sedekah kat masjid sebagai bayaran kita dah ambil air masjid. Yang penting niat.
Masa saya survey, kat masjid bukit indah tmn kosas, seorang brother kata masjid ini akan dibina kolahnya, lani belum ada. Dia siap cerita solat 2 rakaat sebelum solat jumaat pun ada rahsia perubatan di dalamnya. Tambah beliau, nabi muhammad s.a.w just bagi tips sikit je, kitalah kena cari, kaji dan amalkan…dapat satu ilmu hari ni…syukur..
Kalau kat area KL boleh start di:
Area keramat, setiawangsa, ulu klang, tmn melati & Kg Pandan
1) masjid khalid al-walid, padang tembak, KL (mindef). Coordinate: 3.171947,101.726473
070220131014070220131013
2) masjid al-akram, dato’ keramat, KL (dekat pasar keramat). Coordinate: 3.166291,101.729364
070220131009070220131010
3) masjid al-ansar, taman seri keramat, KL (dalam tmn seri keramat, jalan enggang).
Coordinate: 3.16989,101.743934
0102201395401022013949
4) masjid muaz bin jabal, setiawangsa, KL. Coordinate: 3.178888,101.738055
0402201399304022013990
5) masjid as-sobirin, lembah keramat au5c, KL (dekat giant tmn permata).
Coordinate: 3.202819,101.753021
0402201399604022013995
6) masjid al-ridhuan, hulu klang, KL (dekat kg pasir). Coordinate: 3.197035,101.76168
050220131007050220131005
7) masjid salahuddin al-ayyubi, taman melati, KL. (dekat LRT taman melati).
Coordinate: 3.222562,101.720159
0302201396203022013961
8) masjid ar-rahimah kg pandan luar, KL. (dekat tesco ampang).
Coordinate: 3.144608,101.737701
110220131026110220131025
9) masjid nurul hidayah kg pandan dalam, KL.
Coordinate: 3.144973,101.748011
110220131027110220131028
Area ampang
1) masjid jame’ jamil-huda, kg melayu ampang (dekat LRT ampang).
100220131020080220131015
Coordinate: 3.15245,101.761143
2) masjid fatimah al-zahrah, tmn kosas ampang (dekat smk tmn kosas).
Coordinate: 3.148577,101.771507
04022013100004022013997
3) masjid taman kosas, ampang. Coordinate: 3.145915,101.774297
040220131002040220131001
4) masjid al-aman lembah jaya selatan, ampang. (jalan taman rimba ampang bukit belacan). Coordinate: 3.138877,101.787289
110220131022110220131023
5) masjid al-azim pandan indah, ampang. (dekat bangunan maxisegar)
Coordinate: 3.133039,101.756101
0302201395603022013957
6) masjid al-ubudiah, tasek tambahan, ampang.
110220131032110220131030
Coordinate: 3.124393,101.771443
7) masjid nurussa’adah, jln kuari, kg cheras baru.
Coordinate: 3.10947,101.753526
0302201398903022013987
Kalau rajin nak redah kl sila ke:
1) masjid jame’ kg baru, KL
2) masjid jame’ bandar, KL (sebelah LRT masjid jamek)
3) masjid jame’ alam shah, jalan pasar, KL
4) masjid ar-rahman UM, lembah pantai
Saya akan update untuk negeri lain dari masa ke masa.

Kota Bharu, Kelantan
1) pusat tabligh dusun raja
2) masjid kg cempaka, rambutan rendang
250520131118250520131117
3) masjid al-ahmadi, kg cherang
250520131120250520131119
4) masjid taman uda murni
250520131123250520131121
5) masjid mukim teluk kitam, kemumin
260520131139260520131136
6) masjid sultan ismail petra, banggol
260520131135260520131134
7) masjid tok kenali
8) masjid kg laut, nilam puri
atau masjid kg laut, kg laut

Alor Setar, Kedah
1) masjid rafeah, taman uda
270520131161270520131140
2) masjid sultanah bahiyah, jalan sultanah
280520131163280520131162
3) masjid al-rahman, taman wira mergong
270520131144270520131145
4) masjid al-kausar, titi baru kepala batas
270520131157270520131156
5) masjid pantai johor
270520131148270520131160
6) masjid tuan hussein titi gajah
270520131152270520131154
7) masjid alor merah
270520131147270520131146
Melaka
1) masjid kg hulu
2) masjid kg keling
3) masjid tengkera
4) masjid peringgit (dekat masjid al-azim-masjid negeri)
5) masjid al-hamideen, KM 1 bukit cina
6) masjid kariah alai, KM 7.6 kg alai
7) masjid imam ghazali, kg bakar batu, bachang
8) masjid al-abrar, KM 4.8 semabok
9) masjid tanah, pekan masjid tanah
10) masjid tanjung kling