Monday, June 9, 2014
Makanan Paling Menggemukkan
10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.
Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya
Jom Naik Basikal
Mari Kita Berbasikal
Jika Anda malas berolahraga, berbasikal boleh menjadi salah satu olahraga menarik untuk dicuba. Berkayuh akan membuatkan badan terasa ringan kerana tanpa terasa Anda telah menggerakkan tubuh sambil dapat menikmati pemandangan alam sekitar.
Manfaat Berbasikal
Hasil yang didapatI dari BERBASIKAL terutama akan menguatkan otot bagian bawah seperti betis, paha dan pinggul. Berbasikal mampu membakar kalori sebanyak 300 sampai 700 kalori setiap jam. Jadi, akan berguna untuk Anda yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, Berbasikal dapat meningkatkan isipadu paru-paru sampai 50% dan oksigen yang dapat ditampung paru-paru lebih banyak.
Untuk penderita obesiti, Berbasikal merupakan olahraga yang dianjurkan kerana berbasikal kurang risiko kecederaaan dibandingkan kebanyakan olahraga yang menggunakan aktiviti berat seperti berlari atau melompat. Lenturan akibat berlari atau melompat dapat menyebabkan kecederan kaki, pinggang, punggung bagi mereka yang melebihi berat badan kerana berat badan yang berlebih membuat bebanan semakin bertambah. Berbasikal juga baik untuk mereka yang menghidapi sakit jantung
Salah satu alasan Berbasikal menjadi olahraga yang menarik adalah kerana Berbasikal dapat menjadi salah satu cara rekreasi. Menikmati pemandangan secara santai dan merasakah hembusan angin dapat menjadi salah satu sarana rekreasi yang menyegarkan. Jadi Anda dapat sehat secara fizikal dan menyegarkan fikiran.
TIPS MEMBELI BASIKAL
Tertarik untuk mencUba bersepeda / Berbasikal? Bagi Anda yang belum memiliki basikal, langkah utama adalah dengan membeli JENIS basikal untuk digunakan. Ada berbagai model basikal dalam ukuran yang berbeza. Untuk mendapatkan basikal yang baik, cuba perhatikan hal-hal berikut waktu memilih basikal yang akan dibeli:
Tempat Duduk hendaknya selesa untuk diduduki dan dalam ukuran yang tak menyakitkan.
Pilih basikal dengan tinggi kerusinya yang disesuaikan dengan tinggi badan Anda. Tempat duduk hendaknya tidak terlalu tinggi kerana akan menyulitkan waktu mengayuh juga dapat menyebabkan bagian paha menjadi luka. Tempat duduk yang terlalu rendah juga sebaiknya dihindari kerana membuatkan kaki membengkuk terlalu banyak dan membuatnya terasa kekok. Selalunya ianya boleh ditinggikan dan direndahkan, tetapi pastikan bahwa tinggi maksima dan minima sesuai dengan badan Anda. Idealnya tinggi kerusi dan tinggi pemegang basikal sejajar.
TIPS BERBASIKAL
Agar kurang menghadapi komplikasi samaada kecederaan atau ketidakselesaan semasa Berbasikal, beberapa pekara harus diperhatikan, iaitu:
Banyak anak muda dan tak kurang juga orang berusia dan berumur sekarang ini memilih untuk berbasikal seawal pagi hujung minggu. Apa yang Anda dapat dari berbasikal? Bagaimana memilih basikal yang sesuai? - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2013/09/jom-naik-basikal.html#sthash.bjqVyj5q.dpuf

- Pastikan bahagian-bahagian penting dari basikal seperti rim dan ban dalam keadaan yang baik sehingga tidak akan mengganggu perjalanan atau menimbulkan kecelakaan.
- Untuk menghindari risiko cedera, lakukan sedikit pemanasan khususnya untuk meregangkan otot-otot bagian bawah seperti pinggang, paha dan betis.
- Sebagai menambah keselamatan waktu Berbasikal, Anda boleh menggunakan perlengkapan pelidung seperti helmet, kasut, pelindung kaki / lutut, sarung tangan, kacamata atau perlengkapan lain yang diperlukan.
- Waktu mula mengayuh basikal, lakukan dulu dengan kecepatan perlahan selama 5-10 minit sebagai cara untuk pemanasan dan menyesuaikan dengan basikal.
- Saat mengayuh basikal, usahakan agar Anda mengayuh pedal satu putaran penuh.
- Kecepatan yang dianjurkan untuk kesehatan adalah 27 km/jam dan putaran roda 70 putaran per minit (rpm)
- Selesai Berbasikal, lakukan senaman menyejukkan badan dengan mengayuh sepeda secara perlahan selama kurang lebih 10 minit.
- Selain untuk kesihatan, menggunakan basikal juga dapat mengurangkan pencemaran udara akibat penggunaan kendaraan bermotor. Asap kendaraan mengeluarkan asap. Sebaiknya gunakan basikal.
Melihat banyaknya hasil positif dari Berbasikal, tidak ada salahnya untuk mengayuh basikal Anda.
- See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2013/09/jom-naik-basikal.html#sthash.bjqVyj5q.dpuf
MANFAAT BERBASIKAL
MANFAAT BERBASIKA
Banyak anak muda dan tak kurang juga orang berusia dan berumur sekarang ini memilih untuk berbasikal seawal pagi hujung minggu. Apa yang Anda dapat dari berbasikal? Bagaimana memilih basikal yang sesuai? - See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2013/09/jom-naik-basikal.html#sthash.bjqVyj5q.dpuf
Mari Kita Berbasikal |
Jika Anda malas berolahraga, berbasikal boleh menjadi salah satu
olahraga menarik untuk dicuba. Berkayuh akan membuatkan badan terasa
ringan kerana tanpa terasa Anda telah menggerakkan tubuh sambil dapat
menikmati pemandangan alam sekitar.

Kuruskan badan dengan berbasikal
Jika anda ingin kuruskan badan dalam keadaan santai, anda boleh
cuba senaman berbasikal. Setiap petang anda atau pada hujung minggu anda
boleh berbasikal untuk bakar lemak – lemak di dalam badan.
Ketika berbasikal, anda sebenarnya menggunakan hampir keseluruhan badan anda untuk bergerak dan ia akan beri anda kelebihan dari segi membentuk tubuh badan dan membantu anda untuk membakar lemak – lemak di dalam badan dengan lebih pantas.
Untuk bantu anda kuruskan badan dengan mengayuh basikal, berikut saya senaraikan tip bagaimana hendak lakukannya.

- Jika anda kayuh basikap pada setiap pertang, cuba kayuh sejauh 2KM sekurang – kurangnya.
- Kayuh basikal dengan santai dan tidak perlu gopoh mengayuh basikal dengan terlalu laju.
- Adakan trip berbasikal sejauh 10 KM sehingga 20 KM sekali sebulan atau seminggu sekali. Jika anda ingin berbasikal pada destinasi yang jauh pastikan anda sudah tetapkan laluan dan rancang perjalanan anda. Jangan lupa bawa bekalan air.
- Sentiasa pastikan basikal anda berada dalam keadaan terbaik.
- Untuk beri anda lebih cabaran ketika berbasikal, anda boleh cabar diri sendiri dan mencuba laluan – laluan yang mencabar ketika anda berbasikal.
- Pastikan anda ada tenaga ketika hendak mulakan aktiviti berbasikal.
- Bawa ‘Slimming Massage Oil’ untuk bakar lemak dengan pantas dan beri otot – otot anda kesegaran.
Tips Berbasikal
Sebelum Menunggang Basikal
Pastikan:
- Kesihatan anda berada terjamin sebelum menunggang basikal.
- Basikal dalam keadaan baik dan selamat.
- Memakai topi kaledar keselamatan.
- Menunggang basikal di lorong tepi atau menggunakan lorong khas jika ada.
- Memakai pakaian yang cerah nagi memudahkan pengguna jalan raya melihat anda.
- Jangan menunggang basikal nergandingan.
- Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.
- Memasang lampu basikal ketika waktu malam.
Semasa Menunggang Basikal
- Memberi tumpuan yang sepenuhnya.
- Berhati-hati di kawasan yang selalu berlakunya kemalangan.
- Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.)
- Jangan menunggang basikal ketika di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.
- Jangan berbual & merokok ketika menunggang basikal.
- Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)
- Basikal tidak boleh di tunda mana-mana kenderaan ketika di atas jalan raya.
- Basikal hendaklah ditunggang di sebelah kiri jalan.
- Sesebuah basikal tidak boleh ditunggang berinringan melainkan di bawah pengawasan.
- Sesebuah basikal tidak boleh digunakan untuk membawa orang lebih dari reka bentuknya.
- Berat muatan tidak melebihi 18 kg atau mempunyai dimensi yang menyebabkan bahaya, halangan atau gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Panduan Untuk Latihan Berbasikal
Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
- Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
- Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
- Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
- Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antaran 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
- Sebaik anda sudah meningkat, tambahkan kadar kayuhan hingga 70-90 kayuhan seminit , tetapi selalu bermula dengan gear yang rendah pada ketetapan 55-60 kayuhan seminit untuk tujuan memanaskan badan.
- Untuk perlbagai dan meningkatkan cabaran, cuba mendaki kawasan bukit yang panjang jaraknya.
- Rehat semasa latihan boleh dilaksanakan jika anda sudah menunjukkan kemajuan. Tiga atau lima minit rehat boleh meningkatkan keupayaan anda, diikuti jangkamasa rehat yang memerlukan anda mengayuh dengan selesa dengan menggunakan gear rendah dalam masa 5 minit. Ulangi langkah ini untuk empat dan lima kali. Hadkan rehat semasa latihan sebanyak 2 kali seminggu.
- Tahap intensiti sepatutnya lebih rendah bila anda bersiar-siar disebabkan jangkamasa yang panjang berbanding latihan biasa. Latihan dalam jangkamasa pendek akan menjadikan anda kekal segar; manakala latihan jangkamasa panjang akan merosakkan rentak latihan anda dan menambahkan ketegangan otot.
10 Perkara Bagaimana Untuk Berlatih Bagi Acara Berbasikal 100km Sehari
10 Perkara Bagaimana Untuk Berlatih Bagi Acara Berbasikal 100km Sehari.
Sebelum memulakan kayuhan 100km kita perlu bersedia dari sudut fizikal (mental cerita lain). Sepintas lalu bunyinya agak menakutkan dan menyeronokkan. Untuk menjadikan sasaran tersebut mampu dicapai kita kena mencubanya melalui latihan. Latihan tentulah ambil masa yang lama berdasarkan jarak maksima yang pernah dibuat sebelum ini. Kalau tak pernah kayuh sampai 50km, mustahil dapat mencapai jarak 100km dalam tempoh sebulan.
Jarak mampu kayuh kita ukur dengan cara begini. Setelah kita membuat kayuhan 10km atau 20km atau 50km atau apa-apa km, keesokannya kita masih bertenaga dn tidak sakit sakit badan. Esoknya masih mampu untuk lakukan kayuhan santai. Kalau esoknya sakit-sakit badan, maknanya masih dalam peringkat latihan. badan kita masih belum kuat dan masih belum boleh terima beban latihan/kayuhan yang kita buat.
Berikut 7 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai acara kayuhan 100km sehari.
1• Sebagai permulaan kita perlu korbankan masa kita 2 kali seminggu. Seeloknya kita perlu 3-4 kali seminggu, sama ada dengan basikal atau diselangkan dengan sukan lain. Adakah anda mampu berlatih 3 kali seminggu? Tak mampu tak apa, kita ada cara lain.
2• Sebagai permulaan juga anda perlu mengayuh basikal 1 hingga 2 jam setiap kali latihan. Mampukah anda berbasikal selama 1 jam tanpa henti setiap kali berlatih.? Kalau tak mampu kita ada cara lain.
3• Sebagi permulaan juga anda TIDAK perlu tetapkan jarak untuk anda mengayuh basikal. Yang anda perlu tetapkan adalah tempoh masa, iaitu 1 jam atau 2 jam. Bukan 10km atau 20km. Dalam tempoh 1 atau 2 jam tersebut anda akan meningkat jumlah jarak (ansur maju). Perkara yang paling penting adalah anda mampu berlatih secara tetap 1 jam sehari dengan kadar 3 hari seminggu. Mampukah anda ikut jadual kayuhan yang anda mampu tetapkan? Kalau tak mampu tak apa, kita ada cara lain.
4• Dalam tempoh 2 minggu sebelum menyertai acara kayuhan 100km kita MESTI telah berjaya mengayuh jarak tersebut. Kalau tak mampu, tak apa, JANGAN masuk. Masuk acara yang lebih pendek jaraknya.
5• Jika anda tidak mampu untuk terus mengayuh selama 1 jam sehari dalam tempoh 3 kali seminggu, anda boleh ubah dan sesuaikan dengan kemampuan tubuh badan anda. Anda boleh memilih untuk mengayuh 30 minit sehari dengan 1 kali seminggu.Kesannya adalah sasaran 100km akan berganjak lebih jauh. Kecilkan sasaran anda cari acara yang tubuh badan anda telah bersedia.
6• Kita perlukan bahan api/tenaga (makanan/minuman) yang cukup untuk membolehkan kita berkemampuan meneruskan kayuhan sejauh 100km. Kita perlu berlatih untuk mengambil makanan dan minum semasa kita berlatih. Supaya kita dapat latih tubuh badan kita untuk ansur maju pulih dengan cepat dalam tempoh latihan. kita tidak mahu kehabisan tenaga sebelum sampai sasaran. Kita juga tidak mahu terlalu letih/lembik setelah berlatih.
7• Cara lebih mudah adalah dengan mengayuh bersama dengan orang yang telah berpengalaman mengayuh 4 jam atau 5 jam terus menerus. Lebih banyak panduan yang boleh diceritakan dan kita boleh memilih mana yang sesuai dengan tubuh badan kita. Untuk mengayuh 100km kita tidak boleh bergantung kepada latihan mengayuh sahaja. Mungkin kita perlukan latihan mengayuh 95% dan mendengar cerita (latihan teori) 5%.
8• Jangan lupa latihan pecut. Walaupun kita bukan nak menyertai perlumbaan tetapi kayuhan pecut dapat meningkatkan ketahanan badan anda dengan menaikkan kadar 'lactate threshold'. Ini adalh titik dimana badan kita memberitahu bahawa ia sudah tidak mampu untuk meneruskan kayuhan.
Dengan latihan pecut kita dapat menaikkan titi tersebut. Kesannya anda boleh menunggang dengan lebih cepat dan lebih jauh sebelum badan anda sampai titik tersebut. Cuba melakukan 5 atau 6 kali pecutan tahap maksim dalam tempoh 1 minit atau 2 minit. Anda boleh lakukan latihan ini di kawasan berbukit atau berangin.
10• Jangan lupa bawa bekalan makanan dan jangan terlewat minum air. Kerap minum air tetapi sikit-sikit. Terutama jika cuaca panas dan perit. Jangan biarkan badan kita kehabisan air baru kita nak minum. Jangan sampai tekak kita terasa perit dan kering baru kita nak hirup air. Keadaan kita mungkin sudah terlambat untuk badan kita pulih dan menyejukkan diri. Awasi tanda merah pada muka kerana itu tanda badan kita dan panas. Jangan sampai merah dah sampai ke telinga itu dah bahaya. Seolah-olah radiator badan kita dah panas. Jangan minum air batu yang sejuk amat, kalau radiator kereta kita kurang air dan kita tambah dengan air sejuk, apa jadi pada engin?
Berikut adalah 10 perkara yang boleh kita lakukan semasa latihan kayuhan 100km. Berlatih dan beringat semasa berlatih supaya ianya menjadi ingatan pada acara sebenar.
IDEA DARI:
1.avantiplus.co.nz (100km-training)
2. gerekbasikal.blogspot.com (warga-emas-kayuh-100km-sehari-jaja)
3. ibrahimbasikal.blogspot.com (kayuhan-100km)
4. khairi000007.blogspot.com (kwong-wah-yit-poh-100km-ride)
5. chap-ayam-runners09.blogspot.com (letua-100km-ride-2011-laporan)
6. livestrong.com (train-100mile-bike-ride)
7. writersinthestorm.wordpress.com (my-first-100-mile-bicycle-ride)
8. bicycling.com (training 100 mile goal)
Subscribe to:
Posts (Atom)