Monday, June 9, 2014

Tips Berbasikal


Sebelum Menunggang Basikal


Pastikan:

  • Kesihatan anda berada terjamin sebelum menunggang basikal.
  • Basikal dalam keadaan baik dan selamat.
  • Memakai topi kaledar keselamatan.
  • Menunggang basikal di lorong tepi atau menggunakan lorong khas jika ada.
  • Memakai pakaian yang cerah nagi memudahkan pengguna jalan raya melihat anda.
  • Jangan menunggang basikal nergandingan.
  • Patuhi peraturan lalulintas jalan raya.
  • Memasang lampu basikal ketika waktu malam.

Semasa Menunggang Basikal


  • Memberi tumpuan yang sepenuhnya.
  • Berhati-hati di kawasan yang selalu berlakunya kemalangan.
  • Peka dengan keadaan jalan raya. (berlubang, selekoh, air bertakung, simpang & lln.)
  • Jangan menunggang basikal ketika di bawah pengaruh ubat yang dilarang Doktor.
  • Jangan berbual & merokok ketika menunggang basikal.
  • Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Basikal)


  • Basikal tidak boleh di tunda mana-mana kenderaan ketika di atas jalan raya.
  • Basikal hendaklah ditunggang di sebelah kiri jalan.
  • Sesebuah basikal tidak boleh ditunggang berinringan melainkan di bawah pengawasan.
  • Sesebuah basikal tidak boleh digunakan untuk membawa orang lebih dari reka bentuknya.
  • Berat muatan tidak melebihi 18 kg atau mempunyai dimensi yang menyebabkan bahaya, halangan atau gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain.

No comments: