Tuesday, June 14, 2016

Tips panjang nafas

Ramai yg tanya saya apa tips panjang nafas. Saya hampir2 tiada jawapan tentang itu. Cuma apa yg saya amalkan antaranya ialah:

1) Tidak minum semasa makan. Minum setelah berlalu 30 minit (paling kurang) lagi jauh senggangnya lagi bagus.

Minum semasa makan menyebabkan perut menjadi tidak selesa dan kembung..
Sambungan tips panjangkan nafas....

2) Minum air suam dan elakkan seboleh mungkin meminum ais (bergantung kpd individu, setiap org xsama kesannya).

Biasanya bila minum ais sebahagian org akan merasa tegang di perut menyebabkan laluan pernafasan menjadi sempit (ahli sains jadian)๐Ÿ˜ธ

3) Elakkan makan terlalu kenyang.

Makan sekadar menghilangkan lapar.

4) Amalkan senaman. Berjalan secara laju atau jogging setiap hari.

5) Kaedah pernafasan mesti betul.

Cara yg tepat menyedut nafas ketika ingin memulakan bacaan adalah 90% dari hidung dan 10% dr mulut. Ketika nafas disedut pastikan perut mengembung (salah jika mengempis).

6) Kawal nafas ketika menyebut huruf hamas yg sukun (ู ุญ ุซ ู‡ ุด ุฎ ุณ ูƒ ุช ).

Maksudnya tidak melepaskan semua nafas ketika menyebut hamas yg sukun terutama jika huruf2 itu byk dlm satu2 ayat.

7) Biasakan diri menghabiskan ayat2 yg panjang.

Katakan kebiasaannya kita hanya dpt capai 3/4 dari 1 baris ayat. Maka kita mesti cuba utk capai 1 baris penuh. Andai kata sudah berjaya capai 1 baris maka usahakan agar dpt capai 1 baris dan 1/4 dr baris seterusnya dgn sekali pernafasan. Begitulah latihannya.

Jika benar2 latihan ini dilakukan dgn istiqamah insyaAllah kita akan rasakan ada perubahan yg ketara pd nafas kita.

8) Menyelam (kaedah yg diamalkan oleh sebahagian qari2 zaman dahulu kala)

Amalan ini tlh terbukti memberi kesan yg sgt baik kpd pernafasan. Cubalah. Tapi jgn terlalu lama ditakuti hilang pernafasan๐Ÿ˜€

9) Jaga kualiti suara.

Kualiti suara yg baik memberi kredit kpd keselesaan nafas. Andai suara berada dlm keadaan tidak baik ia memberi kesan yg tidak baik kpd keselesaan nafas.

10) Tarik nafas dulu sebelum baca. Jangan main baca je.

- Itu semua sebahagian sah aja dari tips2 peringkat asas yg boleh di manfaatkan. Semoga bermanfaat๐Ÿ˜‰

#tips oleh ustaz wan ainuddin hilmi

Apakah tadarrus itu sesuai utk semua org?

Apakah tadarrus itu sesuai utk semua org?

Jawab:
Tadarrus hanya sesuai utk pembaca al-Quran yg sudah mahir atau separa mahir. Maksudnya mereka yg sudah lancar dan menguasai bacaan secara bertajwid.

Lalu bila bertadarrus akan berlaku kesilapan2 selaku manusia. Maka rakan2 akan menegur dan kesilapan dpt diperbetulkan dgn senang. Seolah2 ia diperingatkan.

Adapun bg mereka yg masih belum mahir dan bacaan masih merangkak2 dan belum menguasai bacaan bertajwid maka yg paling utama bagi mereka adalah belajar (bertalaqqi). Sekalipun dlm bulan Ramadhan.

Kerana dlm keadaan bacaan yg byk tersangkut2 dan tidak lancar akan mengganggu rakan2 dlm kumpulan tadarrus. Malah byk kesilapan yg berlaku tidak dpt diperbetulkan dan ditegur. Dan jika terlalu byk teguran dr rakan2 tadarrus biasanya blh mengganggu perasaan dan mendatangkan malu kpd rakan2 lain.

Tadarrus bukan medan pembelajaran sebenar. Ia hanya seolah2 medan diskusi.

Lalu mari kita kenali diri masing2 supaya kita tidak tersalah memilih medannya. Moga2 Ramadhan ini memberi kebaikan yg lebih byk dr yg lalu.

#sumber_us_wanainuddin

Kelebihan ABC...Z

Kelebihan ABC...Z

A llah

B eri kita hidup

C uma seketika

D i dunia ini...

E lok kita muhasabah

F ikir akan akhir hayat

G erbang akhirat pun

H ampir tiba

I nilah hakikat hidup

J anji Allah itu pasti

K alimah syahadah

L ailaha Illallah

MuhammadurRasulullah

N ak di ucap tak pasti

O rang muda atau tua

P asti merasai mati

Q ualiti Iman jaminan syurga

R asulullah s.a.w sabda :

S iapa ucap jaminannya syurga

T api..jika gagal...

U ntuk mereka adalah neraka

V isi kita adalah akhirat

W alaupun dunia dpn kita

Y ang pasti semua akan tinggal...

Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal...


Antara Ilmu Hutan Yang Perlu Diketahui

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Bahayanya Tidur Selepas Sahur

BAHAYANYA TIDUR SELEPAS SAHUR

SUBHANALLAH!

Biasanya selepas bersahur memang mengantuk! Tapi awas, jangan terus tidur! Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambatkan metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan. Akibatnya makanan tidak tercerna dengan sempurna.

Makanan yang tidak tercerna dengan sempurna akan di'makan' oleh bakteria jahat. Jumlah bakteria jahat dalam perut dan usus menjadi dominan, di mana sifat bakteria ini 'anaerob' (kurang oksigen), yang hasilnya metabolisme bakteria bersifat asid.

Bakteria akan menghasilkan asid nitrit yang bersifat SANGAT ASID. Asid nitrit akan meningkatkan darjah keasidan tubuh. Darjah keasidan tubuh membeban sistem metabolisme tubuh.

● Asid nitrat sangat2 beracun untuk hati (liver) kita.

■ Liver akan bekerja keras melawan racun. Sel darah putih akan bekerja bersungguh-sungguh untuk melawan bakteria jahat ini.

● Tubuh akan bekerja keras hanya untuk menghilangkan racun.

■ Akan terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus dan perut kita.

● Semua ini terjadi hanya kerana kita tidur segera setelah bersahur..!!

KESIMPULANNYA:

★ Tidur setelah sahur akan menghalang terhadap tujuan puasa: iaitu ingin sihat.

★ Tidur setelah sahur merosakkan liver.
◆ Membuat dominan bakteria jahat.
◆ Menambah derajat PH keasidan tubuh, INGAT, jika PH tubuh anda <4 akan="" kanser="" maka="" mulai="" p="" sel="" tumbuh.="">
★ Keadaan tubuh menjadi kurang oksigen (anaerob) , SEL KANSER AKAN TUMBUH PESAT PADA SEL TUBUH YANG PALING KURANG OKSIGEN.

Rasulullah SAW tidak pernah tidur setelah sahur. Usahakan lawan mengantuk dengan mandi, ambil wuduk dan bertadarus, mengaji, membaca buku, dan sebagainya. Semoga kita in shaa Allah bertambah pahala, dan sihat di bulan RAMADHAN ini.

SELAMAT PERPUASA.

#puasadansihat

Mimpi doa seekor kucing

Mimpi doa seekor kucing

Jangan diperkecilkan kuasa ALLAH SWT
Ibu seorang pemuda dirawat di hospital
ูˆุฃุฏุฎู„ุช ู„ู„ุนู†ุงูŠุฉ ุงู„ู…ุฑูƒุฒู‡
Ibunya dirawat di ICU
ูˆููŠ ูŠูˆู… ู…ู† ุงู„ุฃูŠุงู… ุตุงุฑุญู‡ ุงู„ุฃุทุจุงุก
Beberapa hari kemudian doktor berterus terang
ุจุฃู† ุญุงู„ ูˆุงู„ุฏุชู‡ ู…ูŠุคูˆุณ ู…ู†ู‡ุง ูˆุฃู†ู‡ุง ููŠ ุฃูŠ ู„ุญุธุฉ ุชูุงุฑู‚
Keadaan ibumu tiada harapan semboh  dan boleh meninggal dunia bila2 masa
ูˆุฎุฑุฌ ู…ู† ุนู†ุฏ ุฃู…ู‡ ู‡ุงุฆู…ุง ุนู„ู‰ ูˆุฌู‡ู‡
Pemuda itu meninggalkan hospital dengan hati yg sedih mengenang sakit ibunya
ูˆููŠ ุทุฑูŠู‚ ุนูˆุฏุชู‡ ู„ุฒูŠุงุฑุฉ ูˆุงู„ุฏุชู‡
Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi
ูˆู‚ู ููŠ ู…ุญุทุฉ ุงู„ุจู†ุฒูŠู†
Pemuda itu berhenti di stesen minyak
ูˆู‡ูˆ ูŠู†ุชุธุฑ ุงู„ุนุงู…ู„ ู„ูŠุถุน ุงู„ุจู†ุฒูŠู† ููŠ ุณูŠุงุฑุชู‡
Sedang dia menunggu  atendan mengisi minyak
 ุฑุฃู‰ ุชุญุช ู‚ุทุนุฉ ูƒุฑุชูˆู† ู‚ุทุฉ ู‚ุฏ ูˆู„ุฏุช ู‚ุทุทุง ุตุบุงุฑุงً
Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah kotak
ูˆู‡ู… ู„ุง ูŠุณุชุทูŠุนูˆู† ุงู„ู…ุดูŠ
Kucing itu kelihatan tak boleh berjalan
ูุชุณุงุกู„!!!!!
Dia termenung sejenak...
ู…ู† ูŠุฃุชูŠ ู„ู‡ู… ุจุงู„ุทุนุงู… ูˆู‡ู… ููŠ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุญุงู„؟
ูุฏุฎู„ ู„ู„ุจู‚ุงู„ุฉ
Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk semula ke kedai minyak
ูˆุงุดุชุฑู‰ ุชูˆู†ุฉ
Dibelikannya setin tuna
ูˆูุชุญ ุงู„ุนู„ุจุฉ ูˆูˆุถุนู‡ุง ู„ู„ู‚ุทุฉ ูˆุงู†ุตุฑู ู„ู„ู…ุณุชุดูู‰
Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital
ูˆุนู†ุฏู…ุง ู‚ุฏู… ู„ู„ุนู†ุงูŠุฉ ู…ูƒุงู† ุชู†ูˆูŠู… ุฃู…ู‡
Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU
ู„ู… ูŠุฌุฏู‡ุง ุนู„ู‰ ุณุฑูŠุฑู‡ุง ููˆู‚ุน ู…ุง ููŠ ูŠุฏู‡
Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam
ูุงุณุชุฑุฌุน ูˆุณุฃู„ ุงู„ู…ู…ุฑุถุฉ
Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas
ุฃูŠู† ูู„ุงู†ุฉ؟
* Di mana ibuku.?
ูู‚ุงู„ุช ุชุญุณู†ุช ุญุงู„ุชู‡ุง ูุฃุฎุฑุฌู†ุงู‡ุง ู„ู„ุบุฑูุฉ ุงู„ู…ุฌุงูˆุฑุฉ
* Nurse itu berkata:
Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa
ูุฐู‡ุจ ู„ู‡ุง
* Pemuda itu terus mendapatkan ibunya
ููˆุฌุฏู‡ุง ู‚ุฏ ุฃูุงู‚ุช ู…ู† ุบูŠุจูˆุจุชู‡ุง
* Yg ketika itu dalam keadaan ceria
ูุณู„ู… ุนู„ูŠู‡ุง ูˆุณุฃู„ู‡ุง
* Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi
ูู‚ุงู„ุช ุฃู†ู‡ุง ุฑุฃุช ูˆู‡ูŠ ู…ุบู…ู‰ ุนู„ูŠู‡ุง
* Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil
ู‚ุทุฉ ูˆุฃูˆู„ุงุฏู‡ุง ุฑุงูุนูŠู† ุฃูŠุฏูŠู‡ู… ูŠุฏุนูˆู† ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ุง
* Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembohkan segera
ูุชุนุฌุจ ุงู„ุดุงุจ
* Pemuda itu terharu mendengar apa yg diceritakan ibunya
ูุณุจุญุงู† ู…ู† ูˆุณุนุช ุฑุญู…ุชู‡ ูƒู„ ุดูŠุก
* Puji bagi mereka yg sentiasa kasih mengasihi
ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุตุฏู‚ุฉุฏูุนุช ุจู„ุงุก ุจุฅุฐู† ุงู„ู„ู‡
* Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.
(ุฏุงูˆูˆุง ู…ุฑุถุงูƒู… ุจุงู„ุตุฏู‚ู‡)
* (Sembohkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)
ู‡ุฐู‡ ูู‚ุท ุนู„ุจุฉ ุชูˆู†ู‡ ูˆุงู„ุฑุณูˆู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุงู„ู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„:
* Itu hanya setin tuna.
Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)
( ุฅุชู‚ูˆุง ุงู„ู†ุงุฑ ูˆู„ูˆ ุจุดู‚ ุชู…ุฑู‡)
ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡        
* Subhana Allah
Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah
ุญุชู‰ ู„ูˆ ู…ุดุบูˆู„ ุฅุฑุณู„ู‡ุง"
* Wlaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai rakan yg mungkin..!
(ู„ุงุฅู„ู‡  ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡)
? "ูŠุงุฑุจ ูุฑุฌ ู‡ู… ู…ู† ูŠู†ุดุฑู‡"
* Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini..!

Sunday, June 12, 2016

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa

Hari ni dpt post drp grp wasap yg amat begitu cantik isi kandungannya..

Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..

-Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
-Makan apa sahaja...
-Tengok siaran tv ikut suka...
-Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
~
Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
*Tak boleh masak sesuka hati...
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
*Buat apa sahaja ikut suka....
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..
Begitu juga...
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...
*Takut langgar lah...
*Takut calar lah.....
*Kalau guna pun...
*Pastikan minyak penuh semula.....
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
*Belum tentu mengasihi ibubapa....
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan..
*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan..
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..
Tetapi...
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa
*Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...
*Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti..Insyallah*๐Ÿ˜ญ‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌๐Ÿ˜ญ
ุฑุจู‰ ุฃุบูุฑู„ู‰ ูˆู„ูˆุงู„ุฏูŠ ูˆุงุฑุญู…ู‡ุง ูƒู…ุง ุฑุจูŠุงู†ูŠ ุตุบูŠุฑุง...