Ramai yg tanya saya apa tips panjang nafas. Saya hampir2 tiada jawapan tentang itu. Cuma apa yg saya amalkan antaranya ialah:
1) Tidak minum semasa makan. Minum setelah berlalu 30 minit (paling kurang) lagi jauh senggangnya lagi bagus.
Minum semasa makan menyebabkan perut menjadi tidak selesa dan kembung..
Sambungan tips panjangkan nafas....
2) Minum air suam dan elakkan seboleh mungkin meminum ais (bergantung kpd individu, setiap org xsama kesannya).
Biasanya bila minum ais sebahagian org akan merasa tegang di perut menyebabkan laluan pernafasan menjadi sempit (ahli sains jadian)😸
3) Elakkan makan terlalu kenyang.
Makan sekadar menghilangkan lapar.
4) Amalkan senaman. Berjalan secara laju atau jogging setiap hari.
5) Kaedah pernafasan mesti betul.
Cara yg tepat menyedut nafas ketika ingin memulakan bacaan adalah 90% dari hidung dan 10% dr mulut. Ketika nafas disedut pastikan perut mengembung (salah jika mengempis).
6) Kawal nafas ketika menyebut huruf hamas yg sukun (ف ح ث ه ش خ س ك ت ).
Maksudnya tidak melepaskan semua nafas ketika menyebut hamas yg sukun terutama jika huruf2 itu byk dlm satu2 ayat.
7) Biasakan diri menghabiskan ayat2 yg panjang.
Katakan kebiasaannya kita hanya dpt capai 3/4 dari 1 baris ayat. Maka kita mesti cuba utk capai 1 baris penuh. Andai kata sudah berjaya capai 1 baris maka usahakan agar dpt capai 1 baris dan 1/4 dr baris seterusnya dgn sekali pernafasan. Begitulah latihannya.
Jika benar2 latihan ini dilakukan dgn istiqamah insyaAllah kita akan rasakan ada perubahan yg ketara pd nafas kita.
8) Menyelam (kaedah yg diamalkan oleh sebahagian qari2 zaman dahulu kala)
Amalan ini tlh terbukti memberi kesan yg sgt baik kpd pernafasan. Cubalah. Tapi jgn terlalu lama ditakuti hilang pernafasan😀
9) Jaga kualiti suara.
Kualiti suara yg baik memberi kredit kpd keselesaan nafas. Andai suara berada dlm keadaan tidak baik ia memberi kesan yg tidak baik kpd keselesaan nafas.
10) Tarik nafas dulu sebelum baca. Jangan main baca je.
- Itu semua sebahagian sah aja dari tips2 peringkat asas yg boleh di manfaatkan. Semoga bermanfaat😉
#tips oleh ustaz wan ainuddin hilmi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment