Apakah tadarrus itu sesuai utk semua org?
Jawab:
Tadarrus hanya sesuai utk pembaca al-Quran yg sudah mahir atau separa mahir. Maksudnya mereka yg sudah lancar dan menguasai bacaan secara bertajwid.
Lalu bila bertadarrus akan berlaku kesilapan2 selaku manusia. Maka rakan2 akan menegur dan kesilapan dpt diperbetulkan dgn senang. Seolah2 ia diperingatkan.
Adapun bg mereka yg masih belum mahir dan bacaan masih merangkak2 dan belum menguasai bacaan bertajwid maka yg paling utama bagi mereka adalah belajar (bertalaqqi). Sekalipun dlm bulan Ramadhan.
Kerana dlm keadaan bacaan yg byk tersangkut2 dan tidak lancar akan mengganggu rakan2 dlm kumpulan tadarrus. Malah byk kesilapan yg berlaku tidak dpt diperbetulkan dan ditegur. Dan jika terlalu byk teguran dr rakan2 tadarrus biasanya blh mengganggu perasaan dan mendatangkan malu kpd rakan2 lain.
Tadarrus bukan medan pembelajaran sebenar. Ia hanya seolah2 medan diskusi.
Lalu mari kita kenali diri masing2 supaya kita tidak tersalah memilih medannya. Moga2 Ramadhan ini memberi kebaikan yg lebih byk dr yg lalu.
#sumber_us_wanainuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment