Saturday, September 9, 2023

Tips senaman

 Saya sharing info dari post Ustaz Fitness. 


Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan senaman, jangan buat all out habis. Bahaya! Boleh cedera. 


Ini 7 cara ringkas untuk kalian yang masih newbie dalam senaman.🏃🏻‍♂️


1. Jika nak bersenam, pilih waktu yang kalian paling lapang. Tak kisah pagi atau petang.


2. Jika permulaan tak mampu nak BriskWalk lagi, mulakan dengan berjalan kaki santai terlebih dahulu.


3. Sediakan air dengan cukup. Semasa bersenam badan kalian kehilangan air yang banyak. Pastikan ada bekalan air. 


4. Pakai pakaian yang paling ringan. Jangan sarung sweater tebal-tebal. Silap hari bulan boleh kena strok haba. Tutup aurat wajib bagi muslim. 


5. Jika dah suka satu-satu senaman. Buatlah secara konsisten. Biar sikit, tapi konsisten. Jangan 30,000 ribu step hari ini, lepas tu sebulan tak buat senaman langsung. 


6. Bersenamlah dengan pantau pernafasan. Selagi boleh bernafas tanpa terlalu mengah atau tercungap-cungap, boleh teruskan.


7. Untuk kesan lebih baik dalam jangka panjang, variasikan senaman. Ada hari buat cardio, ada hari buat weight training. Seimbangkan.


.

Friday, September 8, 2023

Briskwalk journey

 Jika korang tak tahu di mana nak mulakan weight loss journey korang, mulakanlah dengan berjalan. Kerana permulaan BRISK WALK itu adalah dengan berjalan.


Ada beberapa perkara yang perlu korang persetankan (jangan ambil peduli) :


1. Persetankan persepsi orang sekeliling termasuk orang yang terdekat.


Mungkin ada yang pernah mengalami keadaan di mana pernah dicemuh atau diketawakan oleh rakan/family terdekat kerana nak achieve weight loss goal dengan hanya brisk walk. Ya, saya pernah berada di situasi tersebut :


"mana ada orang senang kurus dengan berjalan ja"

"bagus kau jogging ja Anas, senang lagi mau turun berat badan"

"macam buang masa ja berjalan kalau untuk kurus tu Anas. Bagus berlari atau buat cardio"


Ini laa beberapa ayat yang pernah dilemparkan untuk saya. Letak tepi semua cemuhan dan judgement orang. Korang teruskan misi korang untuk berada di circle kehidupan yang sihat.


2. Persetankan Pace, Cadence dan Jarak. 


Untuk korang masuk ke stage brisk walk, korang perlu biasakan dulu diri korang berjalan. Tak kisahlah berapa jauh atau berapa lama korang berjalan. Just berjalan. Bila kerap berjalan, otot dan saraf di kaki akan stimulate dan menghantar 1 signal ke otak, bagitau yang korang sedang melakukan 1 aktiviti berulang (frequent).


Masa tu la korang akan rasa berjalan lambat tu dah tak best. Berjalan 2km rasa dah tak cukup. Berjalan 10 minit rasa tak puas. Korang rasa nak lagi, nak lagi, nak laju lagi, nak pergi jauh lagi. And boom! Tiba-tiba berjalan 5km, 50 minit. Tiba-tiba berjalan 15km. Tiba-tiba berjalan seminggu 6 kali. Semua jadi tiba-tiba.  So be patient, pace, cadence dan jarak akan berevolusi sesuai dengan kemahuan korang.


3. Persetankan berat badan


Ada yang mengadu berat tak turun walaupun dah kerap briskwalk diet cut gula dan nasi. Sebenarnya, cara korang dah betul cuma mindset tersasar sedikit.


Macam yang saya pernah post sebelum ni, berat badan tak turun tak semestinya brisk walk dan diet korang salah. Perlu diketahui, setiap kita ni mempunyai genetic yang berbeza. Begitu juga dengan orang² yang workout building muscle. Ada yang 1 bulan dah dapat 6 pack. Ada yang kena struggle setahun baru dapat 6 pack. Ada orang abs dia sampai 8 ketul, ada yang 4 ketul tapi dekat bawah waist flat. Ada pula abs dia cuma 6.


Begitu juga dengan berat badan. Setiap journey tu berbeza. Yang penting consistency. Mungkin berat tak turun, tapi body composition berubah. Mungkin berat tak turun, tapi baju size M yang dulu tak muat, all of sudden dah longgar and muat untuk dipakai.


.


Sekian, terima kasih 💪.

Wednesday, September 6, 2023

Warga Emas, Sila Lebihkan Bercakap Dan Menulis Wasap

 Hebahkan Berita Baik kepada Warga Emas


WARGA EMAS, SILA LEBIHKAN BERCAKAP DAN MENULIS WASAP :


 Umumnya, warga emas perlu lebih banyak bercakap & menulis wassAp kepada gruop sahabat2. Doktor yang cakap bagus.  Lihat laporan di bawah:


 Doktor kata,  Pesara atau warga emas harus bercakap dan lebih banyak menulis  kerana pada usia tua begini tiada cara untuk mengelakkan kehilangan lemah permikiran serta ingatan.  Satu-satunya cara ialah bercakap dan menulis lebih banyak kepada teman2, Terdapat sekurang-kurangnya tiga faedah untuk warga emas jika mereka lebih banyak menulis serta bercakap sentiasa sehat dan cergas.


 PERTAMA- Bertutur dan menulis memastikan otak sentiasa aktif, kerana bahasa & pemikiran berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya apabila bercakap, menulis dengan cepat, yang secara semula jadi menghasilkan refleksi pemikiran yang lebih cepat dan juga meningkatkan daya permikiran dan ingatan.  Warga emas yang tidak suka bercakap atau menulis, lebih mudah hilang ingatan.


 KEDUA- Bercakap dan menulis menghilangkan banyak tekanan, mengelakkan penyakit mental dan mengurangkan tekanan.  Jika sering tidak berkata serta tidak menulis apa-apa, membuatkan anda memendam dalam hati dan menyesakkan diri sendiri. Memang benar, berkomunikasi adalah lebih baik untuk memberi peluang kepada berfikir untuk bercakap dan menulis mengaktifkan otak untuk melahirkan idea untuk di catitkan,


 KETIGA- Bertutur boleh mengaktifkan otot muka & pada masa yang sama, melatih tekak dan juga meningkatkan kapasiti paru-paru, pada masa yang sama, ia mengurangkan risiko kerosakan mata & telinga dan dapat mengurangkan risiko terpendam seperti pening & Pekak.


 SECARA RINGKAS, warga emas terutama pesara satu-satunya cara untuk mencegah Alzheimer adalah dengan bercakap serta menulis sebanyak mungkin dan berkomunikasi secara aktif dengan orang ramai, di galakan juga Aktif bersenam, kerja2 ringan yang dapat mengeluarkan peluh. 

Secara amnya, tiada rawatan lain untuknya. 

Mereka yang tidak menulis dan berkominikasi akan lebih mudah terkena strok dan pelupa


Oleh itu,  beringatlah wahai semua warga Emas & sahabat sahabat

😎😎😎😎😎😎😎