Saturday, September 9, 2023

Tips senaman

 Saya sharing info dari post Ustaz Fitness. 


Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan senaman, jangan buat all out habis. Bahaya! Boleh cedera. 


Ini 7 cara ringkas untuk kalian yang masih newbie dalam senaman.🏃🏻‍♂️


1. Jika nak bersenam, pilih waktu yang kalian paling lapang. Tak kisah pagi atau petang.


2. Jika permulaan tak mampu nak BriskWalk lagi, mulakan dengan berjalan kaki santai terlebih dahulu.


3. Sediakan air dengan cukup. Semasa bersenam badan kalian kehilangan air yang banyak. Pastikan ada bekalan air. 


4. Pakai pakaian yang paling ringan. Jangan sarung sweater tebal-tebal. Silap hari bulan boleh kena strok haba. Tutup aurat wajib bagi muslim. 


5. Jika dah suka satu-satu senaman. Buatlah secara konsisten. Biar sikit, tapi konsisten. Jangan 30,000 ribu step hari ini, lepas tu sebulan tak buat senaman langsung. 


6. Bersenamlah dengan pantau pernafasan. Selagi boleh bernafas tanpa terlalu mengah atau tercungap-cungap, boleh teruskan.


7. Untuk kesan lebih baik dalam jangka panjang, variasikan senaman. Ada hari buat cardio, ada hari buat weight training. Seimbangkan.


.

No comments: