Jika korang tak tahu di mana nak mulakan weight loss journey korang, mulakanlah dengan berjalan. Kerana permulaan BRISK WALK itu adalah dengan berjalan.
Ada beberapa perkara yang perlu korang persetankan (jangan ambil peduli) :
1. Persetankan persepsi orang sekeliling termasuk orang yang terdekat.
Mungkin ada yang pernah mengalami keadaan di mana pernah dicemuh atau diketawakan oleh rakan/family terdekat kerana nak achieve weight loss goal dengan hanya brisk walk. Ya, saya pernah berada di situasi tersebut :
"mana ada orang senang kurus dengan berjalan ja"
"bagus kau jogging ja Anas, senang lagi mau turun berat badan"
"macam buang masa ja berjalan kalau untuk kurus tu Anas. Bagus berlari atau buat cardio"
Ini laa beberapa ayat yang pernah dilemparkan untuk saya. Letak tepi semua cemuhan dan judgement orang. Korang teruskan misi korang untuk berada di circle kehidupan yang sihat.
2. Persetankan Pace, Cadence dan Jarak.
Untuk korang masuk ke stage brisk walk, korang perlu biasakan dulu diri korang berjalan. Tak kisahlah berapa jauh atau berapa lama korang berjalan. Just berjalan. Bila kerap berjalan, otot dan saraf di kaki akan stimulate dan menghantar 1 signal ke otak, bagitau yang korang sedang melakukan 1 aktiviti berulang (frequent).
Masa tu la korang akan rasa berjalan lambat tu dah tak best. Berjalan 2km rasa dah tak cukup. Berjalan 10 minit rasa tak puas. Korang rasa nak lagi, nak lagi, nak laju lagi, nak pergi jauh lagi. And boom! Tiba-tiba berjalan 5km, 50 minit. Tiba-tiba berjalan 15km. Tiba-tiba berjalan seminggu 6 kali. Semua jadi tiba-tiba. So be patient, pace, cadence dan jarak akan berevolusi sesuai dengan kemahuan korang.
3. Persetankan berat badan
Ada yang mengadu berat tak turun walaupun dah kerap briskwalk diet cut gula dan nasi. Sebenarnya, cara korang dah betul cuma mindset tersasar sedikit.
Macam yang saya pernah post sebelum ni, berat badan tak turun tak semestinya brisk walk dan diet korang salah. Perlu diketahui, setiap kita ni mempunyai genetic yang berbeza. Begitu juga dengan orang² yang workout building muscle. Ada yang 1 bulan dah dapat 6 pack. Ada yang kena struggle setahun baru dapat 6 pack. Ada orang abs dia sampai 8 ketul, ada yang 4 ketul tapi dekat bawah waist flat. Ada pula abs dia cuma 6.
Begitu juga dengan berat badan. Setiap journey tu berbeza. Yang penting consistency. Mungkin berat tak turun, tapi body composition berubah. Mungkin berat tak turun, tapi baju size M yang dulu tak muat, all of sudden dah longgar and muat untuk dipakai.
.
Sekian, terima kasih 💪.
No comments:
Post a Comment