Tuesday, October 6, 2009

Kepentingan Menabung

Bertemu lagi, Apa yang dimaksudkan dengan menabung ? 

Menabung ialah menyimpan wang yang terlebih selepas ditolak perbelanjaan. Atau menabung sebelum ditolak wang perbelanjaan dan wang yang terlebih itulah yang digunakan untuk perbelanjaan.
 

Contohnya :
Gaji RM 1000.00.
Perbelanjaan : 800.00
Lebihan : RM 200.00
Tabungan ialah RM 200.00 

Contoh 2 :
Gaji RM 1000.00
Tabungan : RM 200.00
Lebihan : RM 800.00
Perbelanjaan ialah RM 800.00 

Yang penting ialah disiplin. saya terpanggil untuk membincangkan topik ini kerana sewaktu marhaban guru-guru TIGS ke rumah saya pada 3 Oktober 2009, saya telah berbual dengan seorang pesara Hospital Batu Pahat lebih 3 tahun. Isterinya masih lagi mengajar. Dia menasihatkan saya supaya mulailah menabung sewaktu muda-muda kerana apabila kita dah pencen nanti kita dah tak boleh menabung sebanyak masa kita masih bertugas. Yelah bila dah tua mestilah kita nak jalan-jalan tak kan nak duduk rumah jer pergi mesjid. Satu lagi ialah dia menasihatkan saya supaya membeli tanah supaya bila dah pencen nanti adalah aktiviti untuk mengeluarkan peluh. Peluh kalau tak keluar akan sakit badan nanti. Dia pun jeles dengan kengkawan dia yang ada tanah, tanam sawit ada duit lebih... yelah anak pun dah besar nak apa lagi kan..

No comments: