Tuesday, October 20, 2009

Seminar Kehebatan Minda & Imej Positif (OPTIMIS'09).

SEMINAR KEHEBATAN MINDA & IMEJ POSITIF (OPTIMIS'09)
TARIKH : 24 hingga 26 November 2009
TEMPAT : Swiss-Garden Golf Resort & SPA, Damai Laut Off Pangkor Laut,
Perak

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Pendidikan Profesional dan
Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) akan
menganjurkan seminar bertajuk Seminar Kehebatan Minda & Imej Positif
(OPTIMIS'09).

Berikutan sambutan hangat terhadap OPTIMIS'08, tahun ini OPTIMIS'09
akan dimantapkan lagi dengan barisan penceramah yang bukan saja
terkenal tetapi juga mempunyai kepakaran di dalam membantu individu
untuk meningkatkan imej, ketrampilan dan kekuatan minda yang baik
bagi memastikan objektif seminar tercapai. Kali ini, peserta juga
akan diberi buku "Imej Anda, Aset Anda" tulisan Sharifah Shawati
secara percuma selain kemudahan rekreasi resort yang ditawarkan.
OPTIMIS'09 turut mensasarkan penyertaan pekerja sektor awam dan
swasta tanpa mengira pangkat serta kepada individu yang bercita-cita
untuk meningkatkan imej dan potensi diri.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan penyertaan
daripada pihak Tuan/Puan dan berharap agar maklumat seminar ini dapat
disebarkan kepada semua staf di jabatan ataupun kenalan Tuan/Puan.
Bersama-sama ini disertakan brosur bagi rujukan dan perhatian pihak
Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan
kepada:-

Sekretariat : Cik Nurul Aini bt A Ghafar
Telefon : 07-5218170 / 8159 Faks : 07-5211355
Emel : optimis09@utm.my / aini@spaceutm.edu.my
Laman Web : http://seminar.spaceutm.edu.my/optimis09

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan amat kami hargai.
Semoga berjumpa di OPTIMIS'09!

Sekian. Terima kasih.

No comments: