Awas! Bahaya Mendengar Muzik Sewaktu Tidur
Tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan
fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin
meningkat. Tidur adalah suatu nikmat yang telah Allah S.W.T berikan
kepada makhlukNya untuk mendapatkan rehat bagi tubuh badan.
Kebiasaan
tidur sambil mendengarkan muzik, atau menonton televisyen sampai
tertidur, atau membiarkan lampu di ruangan menyala terang, memang sukar
untuk di halang dan menurut sebahagian orang keadaan seperti itu membuat
mereka menjadi lebih cepat tertidur.
Ketahui lagi apa yang terfakta sewaktu kita tidur
Sewaktu kita tidur sebenarnya kalau kalian ingin tahu, otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti waktu kira berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.
Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.
Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan muzik, televisyen dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .
Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat akan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.
Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak Anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.Quote:
Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakana kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.
Penelitian Ohio State University membuat pembongkaran di mana, tidur dgn lampu menyala akan membuat perasaan tidak tenang atau resah sewaktu dari bangun tidur.
No comments:
Post a Comment