Thursday, November 22, 2012

Kawasan Misteri di Hutan Taman Negara Malaysia

Kawasan Misteri di Hutan Taman Negara Malaysia



"Lokasi: Di Sempadan Negeri Pahang-Kelantan berhampiran dengan Gunung Tahan

Anda pernah mendaki Gunung Tahan? Kalau tak pernah, elok la kalau anda boleh buka Google Earth atau Wikimapia sambil baca posting ini untuk memahami lebih jelas lagi tentang lokasi kawasan misteri yang akan saya ceritakan ini.

peta lokasi
Sekiranya anda hendak mendaki Gunung Tahan, jalan biasa yang perlu anda lalui ialah seperti berikut. Daripada pejabat Taman Negara di Merapoh, anda boleh menaiki kenderaan pacuan 4 roda hingga Kuala Juram. Daripada Kuala Juram, anda akan mula berjalan kaki sambil mendaki ringan2 sejauh lebih kurang 15 km hingga Kem Kor. Daripada Kem Kor, anda perlu menyambung pendakian (kali ni betul2 mendaki kerana curam gak kat sini) hingga ke Kem Permatang dan terus ke Kem Kubang. Dipendekkan cerita... anda kemudiannya kena meneruskan perjalanan ke Kem Belumut, pastu Kem Bonsai dan terus ke Kem Bukit Botak... hahahhh... banyak giler kem2 yang anda lalui tapi masih belum sampai lagi. Akhirnya daripada Kem Bukit Botak barulah anda boleh sampai ke Kem Puncak Gunung Tahan. Semua ini mengambil masa di antara 4 hingga 5 hari. Kalau anda seorang yang berstamina rendah, mungkin ambil masa lama lagi :P

Kalau anda cukup gila atau berstamina kuda hitam (seperti lirik lagu Juliza Adlizan), anda boleh la meneruskan perjalanan hingga ke Gunung Gedong, Gunung Reskit dan Pangkin Atas.... semuanya ini adalah di dalam deretan gunung2 atau banjaran gunung yang sama.

Sekarang lihat kawasan yang ditandakan merah di dalam imej yang disertakan bersama posting ini. Kawasan yang ditandakan merah ini ialah kawasan yang hutannya sangat2 luar biasa tebal. Kawasan ini juga merupakan kawasan lembah yang amat2 dalam dan dikelilingi oleh gunung2 dan tanah2 tinggi daripada segenap penjuru Taman Negara Malaysia.

Sekiranya anda berani juga untuk cuba2 masuk ke kawasan ini... jangan terkejut jika anda terserempak dengan binatang2 buas yang memang berkeliaran di sini semenjak zaman-berzaman lagi. Al-maklum, hutan di kawasan ini dikatakan berusia lebih 30 juta tahun... malah ada yang mengatakan ianya berusia 130 juta tahun. Entahlah.. saya tak tau, saya bukan pengkaji usia hutan.

Berikut ialah contoh ekspedisi2 terdahulu yang dicatatkan kononnya sebagai ekspedisi mencari puncak Gunung Tahan.

• 1875– Rakyat Eropah pertama mengetahui kewujudan Gunung Tahan ialah penjelajah Russia, Baron Von Mikluho-Maclay yang mengesan dari jarak jauh Kampung Penghulu Gedong, Kelantan. Beliau melihat sebuah gunung yang menakjubkan (Skinner, 1878).
• 1880 – Terdapat dua ekspedisi awal yang dihantar oleh Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad bertujuan mencari Batu Hikmat yang dipercayai terletak di puncak Gunung Tahan. Kisah hikayat Orang Asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak. Satu percubaan pergi ke kawasan itu melalui Teko Gorge sepanjang 1,000 meter kerana laluan itu dianggap paling mudah ke puncak, tetapi kedua-dua ekspedisi gagal kerana tebing tinggi dan curam.
• 1884–Residen Perak, Frank Swettenham dalam lawatannya ke Kuala Kangsar pernah menggunakan teropong besar dan melaporkan telah melihat sebuah gunung yang tinggi di kawasan pedalaman Tanah Melayu.
• 1893 – H M Becher, seorang lagi individu yang dikatakan sedang memeriksa daerah itu memutuskan untuk berkhemah di atas sebuah pulau (beting pasir) yang terletak di tengah sungai Tahan. Becher mengabaikan nasihat penduduk tempatan yang mengatakan kawasan itu tidak selamat kerana sering dinaiki air. Ketika air pasang, beliau hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sampan yang dinaikinya karam.
• 1890 – Ekspedisi diketuai H N Ridley hanya mampu melepasi beberapa kilometer ke hulu Kuala Tahan.
• 1898 – W W Skeat adalah orang pertama yang berjaya menerokai lebih jauh dari kawasan tanah pamah. Kumpulan ekspedisi ini menanam benih durian dan rambutan di beberapa tempat di sepanjang Sungai Tahan serta terserempak dengan seekor badak yang luar biasa besar. Beliau mendaki ke tempat yang kini dikenali sebagai Gunung Pankin (ketinggian 1,463 meter) dan memacak bendera menggunakan kain batik dipercayai milik seorang peserta ekspedisi.

Semua ekspedisi2 ini dikatakan mengalami kegagalan kerana sukarnya mencari puncak Gunung Tahan. Apa...? Gagal? Susah ke nak cari puncak Gunung Tahan? Hutan Amazon pun selamba jer mereka redah... tapi hutan kat Gunung Tahan tak lepas pulak? Kenapa?

Sebenarnya ekspedisi2 ini cuba meneroka ke kawasan yang melangkaui Gunung Tahan iaitu ke kawasan misteri di lembah gunung2 hutan Taman Negara untuk cuba mencari sesuatu. Apakah sebenarnya yang cuba dicari oleh mereka ini?

Untuk makluman anda, hingga ke hari ini, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama ATM dan Unit2 Komando negara2 asing tajaan the Jesuits menjaga dengan ketat kawasan lembah misteri ini. Mereka juga tidak berani masuk ke lembah ini.... tapi orang lain nak masuk mereka tak bagi pula. Ruang udara kawasan lembah ini juga telah dikuatkuasakan sebagai zon larangan terbang (no fly zone). Kalau anda berani terbang di kawasan ini, mungkin anda akan ditembak jatuh.

Berikut ialah cerita2 yang didengar daripada mereka2 yang berjaya mendekati kawasan lembah misteri ini:

1. Terdapat bacaan e.m.f. (daya elektromagnetik) yang amat kuat.
2. Kompas akan berpusing2 atau tidak berfungsi dengan betul di setengah2 tempat.
3. Terdapat binaan seakan-akan rupa piramid Giza dan bekas tinggalan bandar yang besar setara dengan binaan2 bangunan di Macchu Pichu, Amerika Selatan.
4. Kadang-kala terdengar bunyi ledakan kuat seakan2 bunyi dentuman guruh datang daripada arah hutan tebal di situ.
5. Kelihatan kerdipan2 dan bola2 cahaya turun naik daripada kawasan hutan (dikatakan hanya berlaku di dalam bulan Disember sahaja).

p/s: seperti biasa, harap jangan tanyakan daripada mana saya mendengar cerita ini. Kalau anda rasakan ianya mengarut... lupakan jer la yer :P

Wallahualam.

No comments: