✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail
& beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg
Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40
tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala
untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang
belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang
membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan
tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu,
ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan
sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat
diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh
malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim
a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti
Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung
bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat
kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk
pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal.
Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah
Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis
oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila
tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut
kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan
kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri,
tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang
sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula
berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di
Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar
dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang
tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki
mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri
di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000
orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kredit : Pengukir Kata
Monday, March 24, 2014
Sunday, March 23, 2014
10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung
Informasi Kesihatan10 Makanan Yang Baik Untuk Jantung
Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.
1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.
1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
Wednesday, March 12, 2014
Hukum Lap Air Wuduk
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Selepas kita mengambil wuduk, adakah kita dibolehkan mengelap air wuduk itu dengan tuala hingga kering. Atau air wuduk itu dibiarkan saja dan terus bersolat. Mohon penjelasan daripada Ustaz.
Kiriman :-
Puan Zaiton
JAWAPAN
Sidang pembaca yang dihormati sekalian. Ada di antara masyarakat Islam yang tidak mengelap air wuduk di badan kerana berpendapat ia adalah air yang mengalirkan dosa daripada anggota wuduk. Wuduk menghapuskan dosa yang dilakukan dari anggota wuduk dan ini mempunyai dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Dari Uthman bin Affan katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “barang siapa yang berwuduk dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya dari seluruh tubuhnya hingga dari bawah kuku-kukunya.” - Riwayat Muslim
Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain, sebahagian masyarakat kita berpandangan bahawa mengelap air wuduk adalah makruh. Ia juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Bahawasanya diberikan tuala kepada Nabi s.a.w setelah wuduk namun baginda menolaknya.
Sebenarnya terdapat beberapa pandangan tentang mengelap air wuduk. Para sahabat ada yang mengelap wuduk mereka dan ada yang tidak misalnya, Anas bin Malik berkata tidak mengapa mengelap air wuduk ataupun mandi. Sementara itu Umar Al Khattab berpendapat adalah makruh dan sementara itu Ibn Abbas mengatakan adalah makruh mengelap air wuduk dan tidak pada air mandi.
Imam Al Nawawi dalam syarahan Muslim mengatakan bahawa ada dalil bahawa nabi tidak mengelap air wuduk. Iaitu hadis riwayat Abu Hurairah dalam sahih Bukhari, “kemudian baginda mandi lalu keluar (menuju solat berjemaah) sedangkan air masih menitik dari kepalanya dan kemudian mengimamkan mereka”
Pada pandangan Imam Nawawi ada beberapa pendapat:
1. Digalakkan tidak mengelap anggota badan tetapi tidaklah dikatakan makruh.
2. Dihukumkan makruh.
3. Harus
4. Disunatkan untuk membuang kotoran.
5. Dimakruhkan pada musim panas dan tidak pada musim sejuk.
Berdasarkan pada pandangan yang banyak tentang mengelap air wuduk ini maka terpulanglah kepada sidang pembaca sekalian sama ada hendak melakukannya ataupun tidak kerana pada pandangan penulis hukum adalah harus. Kerana tidak ada dalil yang jelas dan larangan yang jelas tentang pengamalnya.
Hukum mengharuskan mengelap air wuduk ini adalah pandangan mazhab Maliki, Hambali dan sebahagian mazhab Shafie, Nabi pernah menggunakan jubahnya untuk mengelap wuduk. Dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan an Nasai kata, Aisyah r.a nabi mempunyai perca-perca kain untuk mengeringkan anggota sesudah wuduk.
Berdasarkan hadis-hadis inilah ada mengatakan bahawa harus mengelap air wuduk. Maka terpulanglah kepada para pembaca sekalian sama ada hendak melakukan ataupun tidak tetapi yang lebih penting kepada penulis adalah sama ada wuduk kita sempurna ataupun tidak dan bagaimana cara kita mengambil wuduk adakah sesuai dengan syariat Islam atau tidak.
Persoalan paling utama adalah kesempurnaan wuduk pengetahuan tentang rukun dan cara-caranya serta amalan-amalan sunat semasa wuduk dan membaca doa setelah wuduk. Itulah sebenarnya yang paling penting. Sama ada kita hendak mengelap air wuduk ataupun tidak kita sesuaikanlah dengan keadaan kalau perlu di lap, kita lap sahaja dan kalau tidak maka terpulanglah.
OLEH: USTAZ AZHAR TUARNO
(Imam Masjid Negara merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara Kuala Lumpur)
Selepas kita mengambil wuduk, adakah kita dibolehkan mengelap air wuduk itu dengan tuala hingga kering. Atau air wuduk itu dibiarkan saja dan terus bersolat. Mohon penjelasan daripada Ustaz.
Kiriman :-
Puan Zaiton
JAWAPAN
Sidang pembaca yang dihormati sekalian. Ada di antara masyarakat Islam yang tidak mengelap air wuduk di badan kerana berpendapat ia adalah air yang mengalirkan dosa daripada anggota wuduk. Wuduk menghapuskan dosa yang dilakukan dari anggota wuduk dan ini mempunyai dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Dari Uthman bin Affan katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “barang siapa yang berwuduk dengan sempurna, keluarlah dosa-dosanya dari seluruh tubuhnya hingga dari bawah kuku-kukunya.” - Riwayat Muslim
Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain, sebahagian masyarakat kita berpandangan bahawa mengelap air wuduk adalah makruh. Ia juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Bahawasanya diberikan tuala kepada Nabi s.a.w setelah wuduk namun baginda menolaknya.
Sebenarnya terdapat beberapa pandangan tentang mengelap air wuduk. Para sahabat ada yang mengelap wuduk mereka dan ada yang tidak misalnya, Anas bin Malik berkata tidak mengapa mengelap air wuduk ataupun mandi. Sementara itu Umar Al Khattab berpendapat adalah makruh dan sementara itu Ibn Abbas mengatakan adalah makruh mengelap air wuduk dan tidak pada air mandi.
Imam Al Nawawi dalam syarahan Muslim mengatakan bahawa ada dalil bahawa nabi tidak mengelap air wuduk. Iaitu hadis riwayat Abu Hurairah dalam sahih Bukhari, “kemudian baginda mandi lalu keluar (menuju solat berjemaah) sedangkan air masih menitik dari kepalanya dan kemudian mengimamkan mereka”
Pada pandangan Imam Nawawi ada beberapa pendapat:
1. Digalakkan tidak mengelap anggota badan tetapi tidaklah dikatakan makruh.
2. Dihukumkan makruh.
3. Harus
4. Disunatkan untuk membuang kotoran.
5. Dimakruhkan pada musim panas dan tidak pada musim sejuk.
Berdasarkan pada pandangan yang banyak tentang mengelap air wuduk ini maka terpulanglah kepada sidang pembaca sekalian sama ada hendak melakukannya ataupun tidak kerana pada pandangan penulis hukum adalah harus. Kerana tidak ada dalil yang jelas dan larangan yang jelas tentang pengamalnya.
Hukum mengharuskan mengelap air wuduk ini adalah pandangan mazhab Maliki, Hambali dan sebahagian mazhab Shafie, Nabi pernah menggunakan jubahnya untuk mengelap wuduk. Dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan an Nasai kata, Aisyah r.a nabi mempunyai perca-perca kain untuk mengeringkan anggota sesudah wuduk.
Berdasarkan hadis-hadis inilah ada mengatakan bahawa harus mengelap air wuduk. Maka terpulanglah kepada para pembaca sekalian sama ada hendak melakukan ataupun tidak tetapi yang lebih penting kepada penulis adalah sama ada wuduk kita sempurna ataupun tidak dan bagaimana cara kita mengambil wuduk adakah sesuai dengan syariat Islam atau tidak.
Persoalan paling utama adalah kesempurnaan wuduk pengetahuan tentang rukun dan cara-caranya serta amalan-amalan sunat semasa wuduk dan membaca doa setelah wuduk. Itulah sebenarnya yang paling penting. Sama ada kita hendak mengelap air wuduk ataupun tidak kita sesuaikanlah dengan keadaan kalau perlu di lap, kita lap sahaja dan kalau tidak maka terpulanglah.
OLEH: USTAZ AZHAR TUARNO
(Imam Masjid Negara merangkap Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara Kuala Lumpur)
6 Perkara Yang Akan Memperkayakan Jiwa Kita
Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari:
“Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)”.
Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki.
Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya
jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan.
Bila seseorang itu kaya hati, miskin
atau kaya keadaannya sama sahaja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya
atau menggugatkan jiwanya.
Bagaimana untuk kita mengkayakan jiwa kita itu?
Banyak caranya. Tetapi dibawah saya huraikan 6 perkara asas untuk mencapai kekayaan jiwa dalam kehidupan
1. Sentiasa Bersyukur
Ini adalah tabiat istimewa yang boleh
mengubah hidup menjadi lebih baik. Bahkan Islam mendorong kita bersyukur
tidak hanya untuk perkara yang baik-baik, tetapi juga dalam menghadapi
kesusahan dan hari-hari yang terburuk.
Memang sukar untuk bersyukur, namun kita
boleh belajar secara bertahap. Mulailah mensyukuri kehidupan,
mensyukuri kesihatan, keluarga, sahabat dan sebagainya.
Lama – kelamaan kita akan boleh bersyukur bila berhadapan dengan kesusahan dan situasi yang buruk.
2. Selalu berfikiran positif.
Hidup kita dibentuk oleh apa yang paling
sering kita fikirkan. Kalau kita selalu berfikiran positif, maka kita
akan lebih cenderung untuk mempunyai peribadi yang yang positif.
Ia akan mengarahkan kepada kebenaran, kebaikan, kasih sayang, harapan dan kebahagiaan di dalam hati
3. Mendahulukan perkara yang penting
Apa sahaja yang perkara yang paling
penting, dahulukanlah! Jangan biarkan hidup terjebak dalam
perkara-perkara yang tidak penting sementara hal-hal yang penting pula
terabai.
Mulailah memilih mana perkara yang
penting dan mana yang tidak. Tabiat mendahulukan yang penting akan
membuat hidup lebih efektif dan produktif dan meningkatkan keyakinan
diri secara tidak langsung
4. Tidak berlengah untuk bertindak.
Bila kita sudah mempunyai pengetahuan,
sudah mempunyai tujuan yang hendak dicapai dan sudah tahu mengenai apa
yang harus dilakukan, maka langkah selanjutnya adalah bertindak.
Biasakan diri untuk menghargai waktu.
Lawanlah rasa malas dengan jadikan diri lebih aktif. Banyak orang yang
gagal dalam hidup kerana hanya mempunyai impian dan hanya mempunyai
tujuan tetapi tak mahu melangkah.
5. Menabur Benih Kebaikan
Prinsip menabur benih ini sentiasa berlaku dalam kehidupan. Pada waktunya kita akan menuai yang apa yang kita taburkan.
Bayangkan betapa kayanya hidup bila kita
selalu menebarkan benih ‘kebaikan’. Tetapi sebaliknya, betapa miskinnya
kita bila selalu menabur keburukan.
6. Hiduplah dengan jujur.
Tanpa kejujuran, kita akan merosakkan
harga diri dan masa depan. Mulailah membiasakan diri bersikap jujur,
tidak sahaja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap orang lain.
Jika anda sudah terbiasa berbohong, itu
adalah masalah. Berusahalah untuk menguruskanlah sikap suka berbohong
itu sedikit demi sedikit.
Percayalah anda juga akan sakit hati bila satu hari nanti anak-anak anda pula akan membohongi anda!
Menuju Syurga Melalu Dapur
Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam
memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya
berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti
berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang
melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat
soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini
membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah
tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri,
kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi
tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.
Meluaskan karier di dapur
Betapa ruginya jika masih ada beberapa
orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam
`berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi
pahala dengan pembantu rumah.
Beribu alasan kesibukan dan
ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang
pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti
kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya
merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di
dapur, maka masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran
wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan
bererti memasrahkan diri menjadi pelayan.
Melayani suami bererti meningkatkan
darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia
tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan.
Wanita ajaib bagaimana
yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk
pasangannya. Apa–apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak
kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah
akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana
memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya selalu terfikir untuk
menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala
untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam
syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
Merawat Suami dan Keluarga
Memang masih banyak cara untuk
membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya.
Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka
selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri?
Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai
sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan
kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam
menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan
Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita
menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa
malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di
luar dan atau buatan orang lain.
Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana
sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh-
sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan
pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil
tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.
kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak memulakannya sekarang?
Selamat memburu pahala..
3 Perkara Utama Dalam Syukur:
3 Perkara Utama Dalam Syukur:
1. Ilmu - tahu nilai nikmat
2. Perasaan - rasa seronok dengan nikmat
3. Amal - terima kasih & syukur dapat nikmat
Jika kita syukur dengan nikmat, Allah akan tambah nikmat lagi. Dan jika kita ingkar, siksaan Allah adalah sangat pedih.
-AnisUnitTrustConsultant-
-AnisStevia-
1. Ilmu - tahu nilai nikmat
2. Perasaan - rasa seronok dengan nikmat
3. Amal - terima kasih & syukur dapat nikmat
Jika kita syukur dengan nikmat, Allah akan tambah nikmat lagi. Dan jika kita ingkar, siksaan Allah adalah sangat pedih.
-AnisUnitTrustConsultant-
-AnisStevia-
Gaji RM 2000 macam mana nak beli rumah dalam tempoh 3 tahun?
Gaji Rm2000 macam mana nak beli rumah dalam tempoh 3 tahun?
Kalau gaji anda RM2000 kena bahagi kepada 5 bahagian
Bahagian 1=RM600
Bahagian 2=RM400
Bahagian 3=RM300
Bahagian 4=RM200
Bahagian 5=RM500
Bahagian 1 guna untuk bebelanja makan sebulan RM600,sehari cuma boleh guna RM20, sarapan boleh makan roti dan susu , tengah hari boleh belanja RM10, malam boleh makan fast food atau masak sendiri di rumah. Dengan cara ini RM 600 sebulan cukup-cukup untuk makan, orang muda tidak ada masalah untuk mereka kerana kesihatan masih baik.
Bahagian 2 RM400 guna untuk social ,RM100 tolak untuk bil telefon, tinggal RM300 setiap bulan boleh belanja makan kawan kawan 2 kali , sekali RM150, di sini maksud kawan adalah orang lebih kaya daripada awak, atau orang yang berjaya dalam business, atau orang yang mempunyai network yang luas.Bila bergaut dengan mereka ,awak akan dapat banyak ilmu dalam niaga.
Bahagian 3 RM300 guna untuk beli buku, majalah untuk belajar atau guna untuk join seminar atau workshop menambah ilmu pengetahuan.
Bahagian 4 RM200 guna untuk melancong, setiap tahun melancong sekali pergi tempat orang lain untuk dapat sesuatu yang baru.
Bahagian 5 RM500 simpan untuk melabur dan berniaga , ada modal sikit boleh buat business kecil untuk dapatkan side income, bila modal kecil kumpul jadi banyak boleh melabur emas, stock dan hartanah.
Dengan cara berterusan dengan selama 1 tahun, kalau tahun ke 2 gaji masih dalam RM2000,tidak ada mengningkat di sini maksudnya awak membazir masa setahun ini dalam kerja awak..
Kalau gaji RM3000 sebulan mesti nak buat side income seperti partime, kalau nak lepas kehidupan gaji gaji cukup kena rajin bekerja, cari part time buat sales untuk dapat commision, baju dan kasut tidak perlu beli mahal mahal yang berjenama, beli dengan harga berpatutan. Apabila dapat side income dari part time jangan lupa beli hadiah atau bagi wang kepada orang yang selalu sokong kita seperti ibu bapa atau girl friend.
-Dengan cara berterusan ini dalam masa 3 tahun awak dapat beli rumah sendiri atau melabur.
-Ingat tidak kira berapa income anda, kena bahagi kepada 5 bahagian.....
Financial Coach
Mr Tee (My SiFu)
Kalau gaji anda RM2000 kena bahagi kepada 5 bahagian
Bahagian 1=RM600
Bahagian 2=RM400
Bahagian 3=RM300
Bahagian 4=RM200
Bahagian 5=RM500
Bahagian 1 guna untuk bebelanja makan sebulan RM600,sehari cuma boleh guna RM20, sarapan boleh makan roti dan susu , tengah hari boleh belanja RM10, malam boleh makan fast food atau masak sendiri di rumah. Dengan cara ini RM 600 sebulan cukup-cukup untuk makan, orang muda tidak ada masalah untuk mereka kerana kesihatan masih baik.
Bahagian 2 RM400 guna untuk social ,RM100 tolak untuk bil telefon, tinggal RM300 setiap bulan boleh belanja makan kawan kawan 2 kali , sekali RM150, di sini maksud kawan adalah orang lebih kaya daripada awak, atau orang yang berjaya dalam business, atau orang yang mempunyai network yang luas.Bila bergaut dengan mereka ,awak akan dapat banyak ilmu dalam niaga.
Bahagian 3 RM300 guna untuk beli buku, majalah untuk belajar atau guna untuk join seminar atau workshop menambah ilmu pengetahuan.
Bahagian 4 RM200 guna untuk melancong, setiap tahun melancong sekali pergi tempat orang lain untuk dapat sesuatu yang baru.
Bahagian 5 RM500 simpan untuk melabur dan berniaga , ada modal sikit boleh buat business kecil untuk dapatkan side income, bila modal kecil kumpul jadi banyak boleh melabur emas, stock dan hartanah.
Dengan cara berterusan dengan selama 1 tahun, kalau tahun ke 2 gaji masih dalam RM2000,tidak ada mengningkat di sini maksudnya awak membazir masa setahun ini dalam kerja awak..
Kalau gaji RM3000 sebulan mesti nak buat side income seperti partime, kalau nak lepas kehidupan gaji gaji cukup kena rajin bekerja, cari part time buat sales untuk dapat commision, baju dan kasut tidak perlu beli mahal mahal yang berjenama, beli dengan harga berpatutan. Apabila dapat side income dari part time jangan lupa beli hadiah atau bagi wang kepada orang yang selalu sokong kita seperti ibu bapa atau girl friend.
-Dengan cara berterusan ini dalam masa 3 tahun awak dapat beli rumah sendiri atau melabur.
-Ingat tidak kira berapa income anda, kena bahagi kepada 5 bahagian.....
Financial Coach
Mr Tee (My SiFu)
Nasihat bagi yang Ibu Bapa yang Suka Marah-Marah
Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang
yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain
walaupun duduk berjauhan atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah
berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk
berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati
adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu
membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan
marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar
kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang
terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan
penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah
dengan ibubapa.
- nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!
Tuesday, March 4, 2014
Pokok nona ada khasiat ubatan
sumber :
Pokok nona ada khasiat ubatan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
12/21/2011 10:15:00 PG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nona nona zaman sekarang, tak boleh ditegur, tak boleh dilarang... Eh... silap nona daaa... Bukan nona cik adik manis yang hendak diketengahkan, tetapi buah nona yang manis. Tidak kiralah sama ada pokok ataupun buahnya, nona atau nama botaninya Annona Reticulata L secara umumnya dikelaskan sebagai spesies paling ‘buruk’ di kalangan genus sekelasnya.
Ðikenali juga sebagai nona serikaya, ia juga dikenali dengan nama Bullock’s Heart (Inggeris), Mulwo/Binao/Manowo/Serikoyo (Indonesia), Noi Nong (Thailand), Sarikaya (Filipina), Ramphal (India), Coeur de Boeuf (Perancis), Coracao de Boi (Portugis) dan Kanowa (Jawa), nona dikatakan berasal dari India Barat dan Amerika Selatan. Tanaman yang tergolong dalam keluarga annonaceae ini merupakan pokok yang mempunyai ketinggian dari tiga hingga tujuh meter.
buah nona di pokok
Pokok nona mempunyai batang yang tingginya sekitar 3-7 meter. Semua bahagian pokoknya mempunyai bau yang kuat apabila ia diramas, terluka atau lebam. Bentuk daunnya bujur memanjang dan agak lembik di hujung tepinya. Manakala bunganya dalam karangan yang pendek. Kelopak daun sewaktu kuncup tersusun secara tertutup dan bersatu pada pangkalnya. Bahagian bawah bunga meninggi, mempunyai banyak benang sari dan berwarna putih. Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar dan menutup ruangnya.
Putik buahnya banyak. Kepala putik boleh dikatakan seakan duduk. Buahnya majmuk dan lebih kurang berbentuk bola. Anak buahnya khusus dengan hujung mendatar, juga pada waktu masak masih berhubungan. Saiz buahnya pelbagai. Ada yang berbentuk simetri kepada bentuk hati, bujur atau sfera, saiznya berukuran daripada 5 hingga 12 sentimeter. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit berwarna hijau dan merah. Rasa buahnya manis dan sedap. Biji buah nona amat keras dan jika tertelan tidak akan memberikan kesan sakit tetapi bahagian isi rong biji ini mengandungi racun.
buah nona ~ closed up ~
Bijinya pula berwarna coklat kehitaman. Isi buah berwarna putih dan seakan kotor. Bahagian yang banyak digunakan adalah biji, buah muda dan daun. Bijinya dikatakan mengandungi khasiat insektisida. Manakala daunnya pula dikatakan mengandungi khasiat anti inflamasi dan antelmintik. Sifat khas tanaman ini ialah kelat dan beracun. Kulit kayu pokok mengandungi kira-kira 0.12% anonaine.
Getah daripada dahan yang dipotong mengandungi akrid dan boleh menyebabkan keradangan dan boleh memberi kecederaan teruk pada mata. Kulit akar kayu pula dikatakan mengeluarkan tiga alkaloid iaitu anonaine, liriodenine dan reticuline.
❀ Rendah lemak
Buah nona dikatakan rendah dalam lemak tidak tepu, tidak mempunyai kolesterol, rendah kandungan sodium, tiada ada gula, tinggi dalam potassium, tinggi dalam vitamin B6 dan amat tinggi dalam vitamin seperti vitamin C serta mengandungi kalsium dan fosforus. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.
nona hijau dan nona merah
isi buah nona berwarna hijau
isi buah nona berwarna merah
Ði India, buah nona dikatakan hanya dimakan oleh kelas bawahan manakala di Amerika Tengah, Mexico dan Hindia Barat, buah nona adalah buah yang paling digemari untuk dimakan. Apabila buah ini masak sepenuhnya, ia amat lembut untuk dipegang dan batang dan juga bahagian dalamnya lebih mudah dikeluarkan. Isinya boleh dimakan dengan cara mencedoknya dengan sudu, seperti mana kita memakan buah avokado dan kiwi. Selalunya isi buahnya dihancurkan dan ditambahkan dengan susu kocak ataupun air krim.
❀ Legakan diarrea dan disentri
Selain itu, setiap bahagian pokok nona ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat alternatif. Air rebusan daun dikatakan boleh digunakan sebagai ubat untuk menghapuskan cacing terutamanya yang terdapat di dalam usus. Ðaun yang telah dihancurkan pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat tampal pada bisul dan juga ulser. Ðaunnya juga dikatakan boleh dijadikan penawar bagi merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit, radang usus (najis berdarah), masalah mual-mual, sengal-sengal tulang, batuk dan selesema.
Buah yang belum masak pula dikatakan kaya dengan tannin, jika dikeringkan boleh diguanakan sebagai ubat menentang diarrea dan disenteri.
Kulit pokok nona pula dikatakan mempunyai sifat astringen dan air rebusannya yang diambil sebagai tonik juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengubat diarrea dan disenteri. Caranya ialah dengan mengambil sedikit kulit bersaiz lebih kurang dua jari dan dimasak dengan 400 cc air sehinggalah air itu tinggal hanya 50% dan di minum sebanyak tiga kali. Ðalam kes yang teruk, daun, kulit kayu dan buah hijau dikatakan boleh direbus bersama selama lima minit dalam seliter air dan dijadikan sebagai air rebusan yang berkhasiat.
Akar kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat tampal di sekeliling gusi untuk melegakan sakit gigi. Biji buahnya beserta daun pokok nona dikatakan boleh ditumbuk bagi mengatasi masalah sakit sendi dan dijadikan sebagai ubat untuk membunuh kutu kepala. Walau bagaimanapun, bijinya mempunyai kesan toksik dan tidak boleh dimakan.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok nona, namun perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya, bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Ranting Pokok Nona
RANTING POKOK NONA
MENGAPA RANTING POKOK NONA?
Ranting
pokok nona atau bullock’s heart ditemui kerana banyak kelebihannya.
Sebelum ditemui ranting nona Dr Jahid dan para pembantunya telah mencuba
menggunakan berbagai ranting kayu. Didapati ranting-ranting yang digunakan ada
meninggalkan kesan bias pada tubuh pesakit. Bila ranting nona digunakan kesan
bias tidak ada sama sekali. Selain daripada tidak ada meninggalkan kesan bisa,
terdapat juga berbagai keistimewaan ranting nona ini:
|
(1)
Sangat digeruni dan ditakuti
oleh jin dan syaitan yang berada dalam tubuh pesakit.
(2)
Kesannya sangat baik kerana ia
segera menyembuhkan berbagai penyakit.
(3)
Tidak perlu diketuk dengan
kuat, tapi memadai dengan cara perlahan-lahan. Biasanya memadai ranting nona
itu diangkat kira-kira 45 darjah sahaja.
(4)
Berat, ketumpatan dan
kemantapan ranting nona sangat sesuai digunakan untuk tujuan perubatan ini.
(5)
Ranting nona sangat tahan. Jika
digunakan dengan cermat sebatang ranting nona boleh digunakan sampai
berbulan-bulan.
(6)
Berkesan juga dengan baik bagi
mengubati penyakit biasa (berbagai penyakit yang bukan disebabkan oleh jin dan
syaitan).
Kepercayaan
sesetengah orang cina dan india beranggapan bahawa pokok nona menakutkan hantu.
Sebab itu mereka menanamnya di sekitar rumah mereka.
Menurut
kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar ubat-ubatan herba mendapati bahawa setiap
bahagian pokok nona ada khasiat ubatan. Daun, ranting, kulit, buah, akar dan
lain-lain bahagian pokok tersebut ada khasiat ubatan. Daun, kulit kayu dan buah
yang masih hijau boleh direbus bersama untuk tujuan penyembuh berbagai
penyakit.
Penemuan
kita pula ialah rantingnya sangat baik dan sangat sesuai untuk digunakan dalam
kaedah perubatan refleksologi Islam ini.
MENGAPA KAEDAH PUKULAN BERKESAN?
Secara
rasionalnya, kaedah pukulan ini sangat berkesan kerana pukulan yang dilakukan
dengan betul dan tepat pada kedudukan yang tepat di mana jin atau syaitan itu
berada akan mendatangkan atau menimpakan satu KEJUTAN GELOMBANG yang sangat
keras dan sangat kuat hingga berjaya memecah dan menghancurkan ANGIN JAHAT yang
berada dalam berbagai saluran darah yang terdapat di bawah kulit tubuh pesakit.
Jin atau syaitan dijadikan oleh
Allah dari lidah api, lama sebelum Adam dijadikan (27, al-Hijr). Menurut
setengah ahli tafsir, seperti Mas’udi bahawa jin-jin yang Allah jadikan itu
ditempatkan di atas muka bumi ini. Mereka bersifat keras hati, jahat selalu
bergaduh, berperang sesama sendiri. Iblis salah seekor jin yang tidak mahu
melihat keadaan hidup masyarakat jin yang begitu buruk melarikan diri di atas
langit pertama. Di sana iblis beribadat kepada Allah. Allah menjelaskan bahawa
iblis itu dari keturunan jin (50, al-Kahfi). Syaitan adalah keturunan iblis
juga jin-jin yang jahat.
Oleh sebab jin atau syaitan
dijadikan daripada api maka tubuh atau jasadnya serupa angin. Bagaimana kita
tidak boleh melihat angin maka begitulah kita tidak boleh melihat jin atau
syaitan. Menurut sebuah hadis Rasullullah (s.a.w) menyebutkan yang bermaksud :
“Allah jadikan jin dalam tiga jenis atau rupa seperti anak Adam, seperti
binatang dan sepertia angin di ruang udara luas”.
Bagaimana angin bolek masuk
meresap ke dalam tubuh manusia menerusi mana-mana rongga tubuh badan seperti
mulut, hidung, lubang-lubang kecil di kulit atau lubang/liang bulu roma, maka
begitulah jin dan syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia. Rasulullah (s.a.w)
pernah menyebutkan bahawa syaitan itu berlari dalam pembuluh darah anak Adam.
Salah satu anggapan salah
masyarakat kita berhubung dengan jin dan syaitan ini ialah anggapan bahawa jin
dan syaitan itu berada di satu alam ghaib. Sebenarnya jin dan syaitan itu
berada di alam nyata iaitu di atas muka bumi di mana kita tinggal dan hidup
ini. Tubuh atau jasad mereka halus seperti angin. Kerana itu jin atau syaitan
tidak boleh menembusi sesuatu yang tidak ada lubang seperti botol yang ditutup
rapat, telur ayam yang tidak dilubangkan. Setengah pawang mengalin pesakit
dengan telur yang dilubangkan terlebih dahulu, kononnya biar racun-racun dalam
badan tersedut ke dalam telur. Sebenarnya supaya jin atau syaitan dapat membawa
masuk bahan-bahan tertentu yang nantinya bila dipecahkan telur seolah-olah
racun atau penyakit telah dapat disedut.
Angin Jahat yang disebutkan di
atas adalah jin atau syaitan. Orang tua-tua kita selalu menyebutkan: “Kaki awak
ini dah masuk angin”, dan sebagainya lagi. Ungkapan itu adalah bermaksud bahawa
angin jin atau syaitan telah masuk ke dalam tubuh.
Jin atau syaitan yang berjasad
seperti angin yang berada di dalam urat-urat halus dan besar di bawah kulit,
bila dipukul angin itu akan pecah. Kulit tempat yang dipukul akan lebam berwarna
biru hitam seperti warna jantung pisang. Jin atau syaitan itu berasa sangat
sakit sehingga kadang-kadang mereka rasa macam akan mati. Kadang-kadang mulut
pesakit itu akan terucap dengan menyebutkan: “Mati aku, mati aku”.
Rasa sangat sakit yang dirasai
oleh pesakit berbeza-beza. Ada yang mengadu sangat panas seperti api. Ada yang
merasakan macam dihiris-hiris dengan pisau. Ada yang merasakan seperti
ditikam-tikam dengan duri sehingga pesakit tengok kayu kecil yang digunakan.
Ada yang merasakan sangat pedih. Berbagai rasa sakit lagi pernah diceritakan
oleh pesakit yang telah dirawat.
Boleh dikatakan semua pesakit
menyatakan mereka tidak pernah merasai rasa sakit seperti ketika diketuk atau
dipukul itu.
Ada satu keadaan yang
menyebabkan pesakit tidak berasa apa-apa, iaitu bila pesakit yang dipukul itu
tiba-tiba menjadi tidak sedar kerana jin atau syaitan telah menguasai seluruh
ingatan dan rohaninya. Seolah-olah yang dipukul jin atau syaitan. Bila jin atau
syaitan sudah keluar pesakit akan sedar dalam keadaan terpinga-pinga dan ia
akan bertanya apa yang telah berlaku pada dirinya.
Dari sudut yang lain pula,
kaaedah pukulan ini sangat berkesan, kerana mengikut sunnah Allah atau
peraturan dan ketetapan yang Allah telah tentukan dalam semua kejadiannya.
Allah menyebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah
jadikan kadar atau ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (2, At-Talaq).
Dari sudut kekuatan, misalnya
kekuatan seorang manusia tidaklah sama dengan kekuatan seekor gajah. Ubat panadol
sebiji kekuatan kesannya tidak sama dengan dua biji. Duri yang tercucuk di
hujung jari tangan kita adakalanya boleh ditarik dengan jari, adakalanya mesti
kita gunakan alat pencabut dan adakalanya tidak boleh dikeluarkan kecuali
menerusi pembedahan. Jin atau syaitan yang telah serap dalam tubuh seseorang
adakalanya akan keluar dengan dirayu supaya ia keluar, adakalanya ia tidak mahu
keluar walaupun telah dirayu terus-terusan. Mungkin kesan rayuan itu tidak
cukup kuat. Tetapi bila dibuat sembahyang hajat, dibacakan doa dan ayat-ayat
al-Quran baru ia keluar. Jika tidak keluar juga maka perlu ditingkatkan lagi
kekuatan rawatan itu misalnya dengan dimandikan dengan air yang telah didoakan
atau air batu yang dicampur dengan garam dan diperahkan dengan limau nipis.
Jika tidak mahu keluar, tentu perlu ditingkatkan lagi kekuatan rawatan itu
iaitu dengan dipukul.
sumber
http://imanarah.blogspot.com/p/ranting-pokok-nona.html
Buah Nona
Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.
Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.
Secara tradisi, buah nona sering diperam di dalam kepuk beras sehingga masak.
Manfaat Buah Nona. Buah Nona dengan nama sains Annona squamosa, dikenal juga dengan nama buah srikaya. Buah Nona memiliki banyak biji dengan bentuk bulat serta kulit bermata banyak (seperti sirsak). Daging buah nona berasa manis dan berwarna putih.
Buah Nona termasuk tanaman semak semi-hijau abadi. Pohon buah nona memiliki ciri-ciri sebagai berikut, pohonnya meranggas dan dapat mencapai tinggi hingga 8 m. Mempunyai daun berselang, dengan panjang rata-rata 7-12 cm, dan lebarnya sekitar 3-4 cm. Bunga muncul dalam tandan sebanyak 3-4, tiap bunga memiliki lebar sekitar 2-3 cm, dengan enam daun bunga/kelopak, kuning-hijau berbintik ungu di dasarnya.
Manfaat buah nona terutama untuk kesehatan dan kecantikan. Buah Nona disebut juga sebagai custard apel atau sugar apple oleh para pelaut Inggris.
Buah nona mengandung antioksidan, seperti vitamin C. Kandungan antioksidan ini dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Seperti dikutip dari laman Times of India, selain kandungan antioksidan, buah nona juga mengandung kalium tinggi dan magnesium yang bermanfaat dapat melindungi kita dari serangan penyakit jantung.
Buah Nona juga mengandung vitamin A yang dapat bermanfaat untuk menjaga kulit, kesehatan rambut, serta meningkatkan fungsi mata. Untuk itu, bila Anda ingin mempercantik kulit secara alami, anda dapat mengkonsumsi buah nona secara rutin.
Tak cuma itu, manfaat buah nona lainnya yaitu dapat mengontrol tekanan darah, membantu menormalkan fungsi pencernaan, menyembuhkan sembelit, serta dapat mengobati diare dan disentri.
Itulah mengapa, Anda mesti menyertakan buah nona ini dalam diet harian Anda. Kandungan magnesium yang tinggi dalam buah nona, bermanfaat untuk menyeimbangkan air dalam tubuh, mengurangi gejala rematik serta radang sendi dan membantu menghilangkan asam dari sendi. Jika Anda acapkali mengalami kelelahan yang berlebihan, Anda bisa mengonsumsi buah nona, kalium yang terkandung di dalam buah nona bisa membantu melawan kelemahan otot. Semoga informasi manfaat buah nona ini berguna bagi anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)