Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam
memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya
berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti
berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang
melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat
soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini
membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah
tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami.
Dan tentunya untuk si isteri,
kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi
tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.
Meluaskan karier di dapur
Betapa ruginya jika masih ada beberapa
orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam
`berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya memberi
pahala dengan pembantu rumah.
Beribu alasan kesibukan dan
ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang
pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti
kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya
merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di
dapur, maka masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran
wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan
bererti memasrahkan diri menjadi pelayan.
Melayani suami bererti meningkatkan
darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia
tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan.
Wanita ajaib bagaimana
yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk
pasangannya. Apa–apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak
kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah
akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana
memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya selalu terfikir untuk
menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala
untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam
syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
Merawat Suami dan Keluarga
Memang masih banyak cara untuk
membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya.
Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka
selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri?
Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai
sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan
kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam
menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan
Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita
menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa
malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di
luar dan atau buatan orang lain.
Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana
sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh-
sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan
pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil
tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur.
kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. So, mengapa tidak memulakannya sekarang?
Selamat memburu pahala..
No comments:
Post a Comment