Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari:
“Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)”.
Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki.
Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya
jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan.
Bila seseorang itu kaya hati, miskin
atau kaya keadaannya sama sahaja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya
atau menggugatkan jiwanya.
Bagaimana untuk kita mengkayakan jiwa kita itu?
Banyak caranya. Tetapi dibawah saya huraikan 6 perkara asas untuk mencapai kekayaan jiwa dalam kehidupan
1. Sentiasa Bersyukur
Ini adalah tabiat istimewa yang boleh
mengubah hidup menjadi lebih baik. Bahkan Islam mendorong kita bersyukur
tidak hanya untuk perkara yang baik-baik, tetapi juga dalam menghadapi
kesusahan dan hari-hari yang terburuk.
Memang sukar untuk bersyukur, namun kita
boleh belajar secara bertahap. Mulailah mensyukuri kehidupan,
mensyukuri kesihatan, keluarga, sahabat dan sebagainya.
Lama – kelamaan kita akan boleh bersyukur bila berhadapan dengan kesusahan dan situasi yang buruk.
2. Selalu berfikiran positif.
Hidup kita dibentuk oleh apa yang paling
sering kita fikirkan. Kalau kita selalu berfikiran positif, maka kita
akan lebih cenderung untuk mempunyai peribadi yang yang positif.
Ia akan mengarahkan kepada kebenaran, kebaikan, kasih sayang, harapan dan kebahagiaan di dalam hati
3. Mendahulukan perkara yang penting
Apa sahaja yang perkara yang paling
penting, dahulukanlah! Jangan biarkan hidup terjebak dalam
perkara-perkara yang tidak penting sementara hal-hal yang penting pula
terabai.
Mulailah memilih mana perkara yang
penting dan mana yang tidak. Tabiat mendahulukan yang penting akan
membuat hidup lebih efektif dan produktif dan meningkatkan keyakinan
diri secara tidak langsung
4. Tidak berlengah untuk bertindak.
Bila kita sudah mempunyai pengetahuan,
sudah mempunyai tujuan yang hendak dicapai dan sudah tahu mengenai apa
yang harus dilakukan, maka langkah selanjutnya adalah bertindak.
Biasakan diri untuk menghargai waktu.
Lawanlah rasa malas dengan jadikan diri lebih aktif. Banyak orang yang
gagal dalam hidup kerana hanya mempunyai impian dan hanya mempunyai
tujuan tetapi tak mahu melangkah.
5. Menabur Benih Kebaikan
Prinsip menabur benih ini sentiasa berlaku dalam kehidupan. Pada waktunya kita akan menuai yang apa yang kita taburkan.
Bayangkan betapa kayanya hidup bila kita
selalu menebarkan benih ‘kebaikan’. Tetapi sebaliknya, betapa miskinnya
kita bila selalu menabur keburukan.
6. Hiduplah dengan jujur.
Tanpa kejujuran, kita akan merosakkan
harga diri dan masa depan. Mulailah membiasakan diri bersikap jujur,
tidak sahaja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap orang lain.
Jika anda sudah terbiasa berbohong, itu
adalah masalah. Berusahalah untuk menguruskanlah sikap suka berbohong
itu sedikit demi sedikit.
Percayalah anda juga akan sakit hati bila satu hari nanti anak-anak anda pula akan membohongi anda!
No comments:
Post a Comment