Sunday, April 6, 2014

Kursus Pengurusan Konflik dan Stress

Hari ini dan esok 6~7 April 2014 (Ahad~Isnin) akan mengikuti Kursus Pengurusan Konflik dan Stress.
Tempat : Dewan Teratai, Aras 1 Pejabat Pendaftar, UTHM
Masa : 8.30~4.30 PM

Fasilitator ialah Hj Fadzli bin Yusof.

http://www.fadzliyusof.com/profil/

Hj Fadzli Yusof adalah Master Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional) dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).

Kelayakan Profesional:

• Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) Florida.
• NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP)
• Certifed NLP Practitioner (International Society of Neuro Semantic)
• Certified Practitioner of Hypnotherapy and Time Lines (ISNS)
• Certified Practitioner of Neuro Semantic (ISNS)
• Certified Profesional Trainer Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
• Alumni ESQ 165 (Leadership-MCB)
• Alumni Law of Attraction (LoA) oleh Micheal J. Losier
• Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan pensyarah undang-undang UiTM.

Pertubuhan Profesional:

• Timbalan Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia) 2011-2013.
• Ahli Profesional MIM (Malaysian Institute of Management).
• Ahli Berdaftar NFNLP (National Federation of NLP).
• Ahli Profesional MAPS (Malaysian Association of Profesional Speaker).

Kelayakan Akademik:

Mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.
Penulisan Motivasi: Sudah menghasilkan 35 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM). Sudah lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.

Pengalaman Profesional:

Sepanjang penglibatan dalam bidang latihan, beliau telah mengendalikan banyak sesi yang melibatkan peserta daripada pelbagai latar, samada dari sektor kerajaan, mahupun swasta. Antaranya ialah seperti Petronas Methanol Sdn Bhd, Petronas Penapisan Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Prudential Insurance (Malaysia), Avail Beauty Sdn Bhd, MCIS Zurich International, Hong Leong Takaful, Affin Bank, Bluewave Hotel, Santubong Hotel, Telekom Malaysia Berhad, fmBrunei Group, PNB, FELCRA, RISDA Plantation, RISDA Espek, INTAN, Proton, RapidKL, Punca Niaga, Perodua, MAIS, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri Brunei, UKM, UPM, UTHM, UIAM, UMP, dan banyak lagi. Beliau juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan bekas Setiausaha Agung TAMRIN yang pertama (2009-2011).

Penampilan Media:


Beliau juga sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri. Antara penampilan beliau ialah sebagai penceramah Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Hujung Minggu Malaysia (RTM), Malaysia Hari Ini TV3, Astro AWANI, Segmen Remaja IKIM.fm, U Remaja TV1, Inspirasi Radio Nasional.fm, Selamat Pagi Malaysia Stylo RTM, Keluarga Bahagia RTM , Anggun Bergaya RTM, Kapsul Kuasa Sukses TV Al Hijrah, Dian Ilmu RTM, Respon RTM, klip Motivasi Radio 24, klip Motivasi Radio Traxx.fm, dan banyak lagi. Di media cetak; Dara, Nur, Majalah i, Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian, Pa & Ma, Sukses, dan Sinar Harian. Beliau juga adalah kolumnis tetap majalah Solusi dan eSiswa.

No comments: