Wednesday, April 9, 2014

ciri-ciri usahawan dari kelantan

[Pengalaman berniaga]
Saya jumpa ramai usahawan yang berjaya. Semalam saya jumpa seorang lagi sahabat saya dari kelantan yang membuat kajian tentang ciri-ciri usahawan dari kelantan, dia menemuramah 10 orang usahawan yang berjaya untuk kajian PhD nya. Saya rangkumkan beberapa ciri-ciri mereka yang sama.
1. Fokus dengan bisnes mereka
Walaupun mereka mendapat banyak peluang untuk membuka dan menambah bisnes baru tetapi mereka lebih fokus dengan bisnes mereka. Jika mereka buka pun masih berkaitan dengan bisnes yang sedia ada.
2. Mereka dari keturunan berniaga
9 dari 10 orang dari usahawan yang berjaya dari keluarga yang berniaga. Keluarga mereka dulunya berniaga kecil-kecilan dan akhirnya mereka minat untuk berniaga. Perkara ini mungkin menyokkong fakta mengapa ramai bangsa cina berjaya dalam perniagaan adalah kerana suasana mereka semasa kecil.
Jika anda muhu anak anda berjaya dalaam bisnes mulakan sekarang.
3. Hubungan dengan Allah.
Diperhatikan semua yang berjaya mempunyai hubungan dengan Allah yang sangat dekat. Solat duha nya, amalan bersedekahnya, solat berjamaah nya, amanah dengan tanggungjawab dan lain-lain.
Mereka menyediakan surau dan berjamaah dengan semua staf mereka bila waktunya. mereka menyumbang kepada anak yatim dan masjid.
4. Berniaga dari kecil-kecilan
Semuanya tidak dibantu dan mereka membina perniagaan mereka dari kecil. Usahawan yang berharapkan bantuan tidak kekal lama.
5. Berniaga dengan apa yang mereka minat.
Mereka sangat minat dengan apa yang mereka buat menyebabkan mereka bekerja dan berniaga lebih dari waktu kerja mereka.
6. Bersedekah
Mereka suka bersedekah, mereka memberi kepada komuniti semula apa yang mereka dapat. Jika target sale mereka menurun pada bulan ini, mereka mengandakan zakat dan sedekah mereka bukan dikurangkan.
7. Hidup mereka untuk orang lain
Mereka sayangkan semua orang, mereka jadikan staf mereka seperti keluarga besar mereka, staf mereka menjadikan mereka ikon bukan sekadar bos. kepuasan mereka bukan semata-mata duit. mereka mengimpikan untuk hidup mereka lebih memberi. ada yang target untuk bina masjid.
8. Tahap berserah mereka kpd hakikat rezki dari Allah sangat tinggi.
Mereka yakin setelah berusaha.Jika mereka mencuba tetapi gagal mereka tidak berputus asa, mereka sentiasa memperbaiki dan belajar dari kesilapan. Kesimpulan nya mereka yang berjaya lebih dekat dengan Allah.
Ada satu cerita yang seorang usahawan yang dulunya jarang solat, tetapi bisnesnya semuanya berjaya. diceritakan pada saya walau macam tu dia sentiasa keputusan duit. dia berpeluang ke mekah menunaikan umrah dan berdoa agar dia diberikan keberkatan dan berubah. dia mempunyai 5 cawangan dan salah satu cawangannya mempunyai masalah jualan yang hanya mendapat sale 200 sehari. selepas dia berdoa dan berserah kebetulan dia call stafnya di malaysia. dimaklumkan secara tiba-tiba salenya melonjak ke 2000 sehari, stafnya juga kat tahu mengapa. Rezeki Allah pelbagai cara dan pelbagai bentuk.
9. Mereka berjariah secara sistematik dan bersasaran.
contohnya "dlm tahun ni aku mahu sumbangkan sebanyak $$$ di masjid ***.. " dan mereka usaha sungguh2 utk capai matlamat tu..
10. Mereka suka melatih
Mereka suka melihat orang lain maju, mereka suka melatih orang lain atau staf mereka lebih baik dan lebih pakar. sehingga satu hari nanti boleh berniaga sendiri seperti mereka. mereka seorang yang ikhlas dalam diri mereka.

Sumber FB Baharuddin Mohamed

No comments: