Tuesday, April 8, 2014

Enam Topi Berfikir part 1

Enam Topi Berfikir

Kaedah Berfikir 6 Topi
Pengenalan
Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.
Berfikir secara parallel
Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibanding bezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.


Bagaimana enam topi berfungsi
Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru.
Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata
Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.
Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kekacacatan.
Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat.
Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logic atau sebaliknya.
Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain
Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir
Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
  1.  Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih berstruktur dan sistematik.
  2. Berfikir dengan lebih kritikal.
  3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
  4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
  5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
  6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

No comments: