Waktu muda, kita sibuk MENGHAKIMI. Asyik nampak salah orang sahaja.
Tapi apabila semakin meningkat usia, kita mula MEMAHAMI.
Cuba cari cara nak bantu orang lain.
Itulah dinamakan KEMATANGAN yang mengajar kita erti kedewasaan dari pahit manis kehidupan.
Tuesday, November 7, 2023
waktu muda sibuk menghakimi
Saturday, September 9, 2023
Tips senaman
Saya sharing info dari post Ustaz Fitness.
Untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan senaman, jangan buat all out habis. Bahaya! Boleh cedera.
Ini 7 cara ringkas untuk kalian yang masih newbie dalam senaman.🏃🏻♂️
1. Jika nak bersenam, pilih waktu yang kalian paling lapang. Tak kisah pagi atau petang.
2. Jika permulaan tak mampu nak BriskWalk lagi, mulakan dengan berjalan kaki santai terlebih dahulu.
3. Sediakan air dengan cukup. Semasa bersenam badan kalian kehilangan air yang banyak. Pastikan ada bekalan air.
4. Pakai pakaian yang paling ringan. Jangan sarung sweater tebal-tebal. Silap hari bulan boleh kena strok haba. Tutup aurat wajib bagi muslim.
5. Jika dah suka satu-satu senaman. Buatlah secara konsisten. Biar sikit, tapi konsisten. Jangan 30,000 ribu step hari ini, lepas tu sebulan tak buat senaman langsung.
6. Bersenamlah dengan pantau pernafasan. Selagi boleh bernafas tanpa terlalu mengah atau tercungap-cungap, boleh teruskan.
7. Untuk kesan lebih baik dalam jangka panjang, variasikan senaman. Ada hari buat cardio, ada hari buat weight training. Seimbangkan.
.
Friday, September 8, 2023
Briskwalk journey
Jika korang tak tahu di mana nak mulakan weight loss journey korang, mulakanlah dengan berjalan. Kerana permulaan BRISK WALK itu adalah dengan berjalan.
Ada beberapa perkara yang perlu korang persetankan (jangan ambil peduli) :
1. Persetankan persepsi orang sekeliling termasuk orang yang terdekat.
Mungkin ada yang pernah mengalami keadaan di mana pernah dicemuh atau diketawakan oleh rakan/family terdekat kerana nak achieve weight loss goal dengan hanya brisk walk. Ya, saya pernah berada di situasi tersebut :
"mana ada orang senang kurus dengan berjalan ja"
"bagus kau jogging ja Anas, senang lagi mau turun berat badan"
"macam buang masa ja berjalan kalau untuk kurus tu Anas. Bagus berlari atau buat cardio"
Ini laa beberapa ayat yang pernah dilemparkan untuk saya. Letak tepi semua cemuhan dan judgement orang. Korang teruskan misi korang untuk berada di circle kehidupan yang sihat.
2. Persetankan Pace, Cadence dan Jarak.
Untuk korang masuk ke stage brisk walk, korang perlu biasakan dulu diri korang berjalan. Tak kisahlah berapa jauh atau berapa lama korang berjalan. Just berjalan. Bila kerap berjalan, otot dan saraf di kaki akan stimulate dan menghantar 1 signal ke otak, bagitau yang korang sedang melakukan 1 aktiviti berulang (frequent).
Masa tu la korang akan rasa berjalan lambat tu dah tak best. Berjalan 2km rasa dah tak cukup. Berjalan 10 minit rasa tak puas. Korang rasa nak lagi, nak lagi, nak laju lagi, nak pergi jauh lagi. And boom! Tiba-tiba berjalan 5km, 50 minit. Tiba-tiba berjalan 15km. Tiba-tiba berjalan seminggu 6 kali. Semua jadi tiba-tiba. So be patient, pace, cadence dan jarak akan berevolusi sesuai dengan kemahuan korang.
3. Persetankan berat badan
Ada yang mengadu berat tak turun walaupun dah kerap briskwalk diet cut gula dan nasi. Sebenarnya, cara korang dah betul cuma mindset tersasar sedikit.
Macam yang saya pernah post sebelum ni, berat badan tak turun tak semestinya brisk walk dan diet korang salah. Perlu diketahui, setiap kita ni mempunyai genetic yang berbeza. Begitu juga dengan orang² yang workout building muscle. Ada yang 1 bulan dah dapat 6 pack. Ada yang kena struggle setahun baru dapat 6 pack. Ada orang abs dia sampai 8 ketul, ada yang 4 ketul tapi dekat bawah waist flat. Ada pula abs dia cuma 6.
Begitu juga dengan berat badan. Setiap journey tu berbeza. Yang penting consistency. Mungkin berat tak turun, tapi body composition berubah. Mungkin berat tak turun, tapi baju size M yang dulu tak muat, all of sudden dah longgar and muat untuk dipakai.
.
Sekian, terima kasih 💪.
Wednesday, September 6, 2023
Warga Emas, Sila Lebihkan Bercakap Dan Menulis Wasap
Hebahkan Berita Baik kepada Warga Emas
WARGA EMAS, SILA LEBIHKAN BERCAKAP DAN MENULIS WASAP :
Umumnya, warga emas perlu lebih banyak bercakap & menulis wassAp kepada gruop sahabat2. Doktor yang cakap bagus. Lihat laporan di bawah:
Doktor kata, Pesara atau warga emas harus bercakap dan lebih banyak menulis kerana pada usia tua begini tiada cara untuk mengelakkan kehilangan lemah permikiran serta ingatan. Satu-satunya cara ialah bercakap dan menulis lebih banyak kepada teman2, Terdapat sekurang-kurangnya tiga faedah untuk warga emas jika mereka lebih banyak menulis serta bercakap sentiasa sehat dan cergas.
PERTAMA- Bertutur dan menulis memastikan otak sentiasa aktif, kerana bahasa & pemikiran berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya apabila bercakap, menulis dengan cepat, yang secara semula jadi menghasilkan refleksi pemikiran yang lebih cepat dan juga meningkatkan daya permikiran dan ingatan. Warga emas yang tidak suka bercakap atau menulis, lebih mudah hilang ingatan.
KEDUA- Bercakap dan menulis menghilangkan banyak tekanan, mengelakkan penyakit mental dan mengurangkan tekanan. Jika sering tidak berkata serta tidak menulis apa-apa, membuatkan anda memendam dalam hati dan menyesakkan diri sendiri. Memang benar, berkomunikasi adalah lebih baik untuk memberi peluang kepada berfikir untuk bercakap dan menulis mengaktifkan otak untuk melahirkan idea untuk di catitkan,
KETIGA- Bertutur boleh mengaktifkan otot muka & pada masa yang sama, melatih tekak dan juga meningkatkan kapasiti paru-paru, pada masa yang sama, ia mengurangkan risiko kerosakan mata & telinga dan dapat mengurangkan risiko terpendam seperti pening & Pekak.
SECARA RINGKAS, warga emas terutama pesara satu-satunya cara untuk mencegah Alzheimer adalah dengan bercakap serta menulis sebanyak mungkin dan berkomunikasi secara aktif dengan orang ramai, di galakan juga Aktif bersenam, kerja2 ringan yang dapat mengeluarkan peluh.
Secara amnya, tiada rawatan lain untuknya.
Mereka yang tidak menulis dan berkominikasi akan lebih mudah terkena strok dan pelupa
Oleh itu, beringatlah wahai semua warga Emas & sahabat sahabat
😎😎😎😎😎😎😎
Thursday, July 13, 2023
5 sebab kenapa pasangan kita berkomunikasi dengan kita
5 sebab kenapa pasangan kita berkomunikasi dengan kita:
Thursday, July 6, 2023
Ape itu Nocturia
Untuk Pengtahuan WARGA EMAS... Ape itu Nocturia
Nocturia bermaksud bahawa, kencing pada waktu malam
Adalah simptom kegagalan jantung, bukan pundi kencing.
Dr Bansal, doktor terkenal Shivpuri, menjelaskan bahawa, nokturia sebenarnya adalah simptom penyumbatan dalam aliran darah ke jantung dan otak.
Orang dewasa dan warga emas paling menderita kerana mereka perlu kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil. Warga emas mengelak daripada minum air sebelum tidur pada waktu malam kerana takut mengganggu tidur. Mereka fikir jika anda minum air, anda perlu bangun berulang kali untuk membuang air kecil.
Apa yang mereka tidak tahu ialah tidak minum air sebelum tidur atau selepas buang air kecil pada waktu malam adalah punca penting serangan jantung atau strok pada awal pagi yang kerap di kalangan orang dewasa dan warga emas
Sebenarnya, nocturia bermaksud kerap membuang air kecil bukanlah masalah disfungsi pundi kencing. Ini disebabkan oleh penurunan fungsi jantung pada orang tua dengan usia, kerana jantung tidak lagi dapat menghisap darah dari bahagian bawah badan.
Dalam keadaan sedemikian, pada siang hari ketika kita dalam keadaan berdiri, aliran darah lebih ke bawah.
Jika jantung lemah, jumlah darah dalam jantung menjadi tidak mencukupi dan tekanan pada bahagian bawah badan meningkat.
Itulah sebabnya orang dewasa dan orang tua mendapat bengkak di bahagian bawah badan pada siang hari.
Apabila mereka berbaring pada waktu malam bahagian bawah badan mendapat kelegaan daripada tekanan dan dengan itu banyak air akan disimpan di dalam tisu. Air ini kembali ke dalam darah. Sekiranya terdapat terlalu banyak air, buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk memisahkan air dan menolaknya keluar dari pundi kencing. Ini adalah salah satu punca utama nokturia.
Oleh itu, ia biasanya mengambil masa kira-kira tiga atau empat jam antara ketika anda berbaring untuk tidur dan kali pertama anda pergi ke tandas. Selepas itu, apabila jumlah air dalam darah mula meningkat semula, selepas tiga jam seseorang itu perlu pergi ke tandas semula.
Sekarang timbul persoalan mengapa ia menjadi punca penting strok otak atau serangan jantung?
Jawapannya ialah selepas buang air kecil dua tiga kali, air dalam darah sangat sedikit. Air dalam badan juga berkurangan dengan pernafasan. Ini menyebabkan darah menjadi pekat dan melekit serta degupan jantung menjadi perlahan semasa tidur. Disebabkan darah yang pekat dan aliran darah yang perlahan, saluran darah yang sempit akan mudah tersumbat...
Inilah sebab mengapa orang dewasa dan warga emas selalu didapati mengalami serangan jantung atau lumpuh sekitar jam 5-6 pagi. Dalam keadaan ini mereka mati dalam tidur itu sendiri.
Perkara pertama yang perlu diberitahu kepada semua orang ialah nocturia bukanlah kerosakan pada pundi kencing, ia adalah masalah penuaan.
Perkara Kedua yang perlu diberitahu kepada semua orang ialah anda perlu minum air suam sebelum tidur, dan sekali lagi selepas bangun untuk membuang air kecil pada waktu malam.
Jangan takut nokturia. Minum banyak air, kerana tidak minum air boleh membunuh anda.
Perkara ketiga ialah untuk meningkatkan kecekapan jantung, anda harus melakukan lebih banyak senaman dalam masa biasa. Tubuh manusia bukanlah mesin yang akan merosot jika digunakan secara berlebihan, sebaliknya semakin banyak digunakan, semakin kuat.
Jangan makan makanan yang tidak sihat, terutamanya makanan berkanji tinggi dan bergoreng
Saya meminta anda untuk berkongsi artikel ini dengan rakan dewasa dan warga emas anda.
Sangat penting untuk warga emas.
Berikut adalah artikel menarik dan bermaklumat Dr.Bansal, tentang apa semua isu kesihatan.. Nocturia.
*Memandangkan ini khusus untuk warga emas, JANGAN ketinggalan untuk tidak membaca dan hantar kepada orang yang mungkin MEMERLUKANNYA.. Terimakasih sudi membaca dan share perkara yg bermanfaat..*👌👍
Wednesday, June 21, 2023
Bukan Kita Sorang Yg Risau Tentang Anak. Para Rasul Pun Begitu..
Sumber :
https://www.facebook.com/UstazAsraff
Tuesday, February 28, 2023
carilah tempat
Tuesday, January 3, 2023
Sebenarnye
Gunting dalam lipatan...
Aku pernah dengar org cakap.. Kenapa Allah jauhkan sorang2 kawan dr kita. Jahat sangat ke kite? Sedangkan kite rase.. Kite dh buat yg baik dgn kawan2 kite..
Rupenye.. Allah nak jauhkan kite dr kawan2 mcm tu... Sbb mungkin.. Dibelakang kite.. Die memburuk2 kan kite.. Menghina kita ... Jadi.. Allah tarik kawan nie td... Sebab tu.. Kite semakin menjauh ??
Kadang sedih . tpi tu la.. Allah knows better..
Ssmoga yg baik2 utk kite..
Singkatnya Kehidupan Ini
SINGKATNYA KEHIDUPAN INI
Waktu "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu "Berkuasa" kita percaya bahwa dengan kekuasaan kita boleh melakukan apa saja.
Waktu "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya diri kita.
Waktu "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
Waktu "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu lebih penting daripada harta.
Waktu "Miskin" baru kita menyedari baahwa pentingnya amalan sedekah.
Waktu "Usia Tua" baru kita tau ternyata masih banyak amalan yang belum dikerjakan.
Waktu "di Ambang maut" kita baru tau begitu banyak waktu terbuang sia-sia.
Waktu kita "mati", siapakah di sisi dan jenis amalan apakah yang kita bawa pergi.
Ingatlah apa yang ditabur di sini itulah yang bakal dituai di sana.
Hidup di Dunia hanya sementara Akhirat kekal selamanya.
Sahabat,
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, tapi masih adakah orang yang setia mendoakan kita meskipun kita telah tiada