Monday, August 6, 2012

Kepentingan Pindahmilik Geran yang baru dikeluarkan-Finale


Kepentingan Pindahmilik Geran yang baru dikeluarkan-Finale


KESIMPULAN

Daripada cerita2 yang saya bawakan dalam post sebelum ini, beberapa kesimpulan berikut boleh di buat dan untuk renungan semua.

1. Status geran : Pajakan

Pemaju : Membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran tidak perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli.

2. Status geran : Pajakan

Pemaju : Tidak membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Tempoh masa akan menjadi lebih panjang berbanding masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli.

3. Status geran : Pajakan atau Kekal/Selama-lamanya

Pemaju : Membenarkan/Tidak membenarkan pindah hakmilik terus daripada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Institusi Kewangan Kerajaan
Tempoh Masa Proses : Tempoh masa akan menjadi lebih panjang berbanding masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman: Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli.

4. Status geran : Kekal/Selama-lamanya

Pemaju : Membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran tidak perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli.

5. Status geran : Kekal/Selama-lamanya

Pemaju : Tidak membenarkan pindah hakmilik terus darpada Pemaju kepada Pembeli
Pinjaman Perumahan : Bank
Tempoh Masa Proses : Seperti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli
Yuran Guaman : Di tanggung oleh Penjual dan Pembeli sahaja
Pindah Hakmilik : Geran perlu di daftar atas nama Penjual terlebih dahulu sebelum di pindahkan ke atas nama Pembeli tetapi boleh di jalankan secara serentak.


** Secara keseluruhannya saya ingin menasihatkan semua untuk membuat penukaran pindah hakmilik sebaik sahaja menerima surat daripada Pemaju memaklumkan Geran hartanah telah pun di keluarkan oleh pejabat tanah yang berkenaan. Tindakan anda membuat penukaran Pindah Hakmilik dengan segera boleh mengelakkan pelbagai masalah yang tidak di duga suatu hari nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan proses Pindah Hakmilik Geran hartanah yang baru di keluarkan, saya sedia membantu anda dan berkongsi pengalaman yang pernah saya lalui berkenaan isu ini.

BUKA LAH MINDA DAN AMBIL TINDAKAN SEGERA, JANGAN BERLENGAH LAGI. BAK KATA PEPATAH ”SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA”.

sumber : 
http://salsalim.blogspot.com/2010/06/kesimpulan-daripada-cerita2-yang-saya.html

No comments: