Monday, August 6, 2012

Kepentingan Pindahmilik Geran yang baru dikeluarkan-Part 2


    Kepentingan Pindahmilik Geran yang baru dikeluarkan-Part 2

CERITA 2

Ali memiliki sebuah rumah pangsa yang mana semasa Ali membeli rumah tersebut daripada pemaju, rumah tersebut tidak mempunyai geran. Kini, Ali ingin menjual rumah tersebut dan Abu merupakan pembeli yang berminat. Dalam situasi ini saya telah diberitahu oleh pemaju bahawa geran rumah telah pun dikeluarkan namun begitu sehingga ke hari ini masih lagi didaftarkan atas nama pemaju. Pemaju juga tidak bersetuju untuk membuat pindahmilik terus dari nama pemaju ke atas nama pembeli. Setelah saya membuat carian persendirian, saya mendapati status geran rumah tersebut adalah kekal/selama-lamanya.

Ini bermakna geran tersebut perlu didaftarkan atas nama Ali terlebih dahulu sebelum di jual dan di pindah hakmilik kepada pembeli.

Namun begitu dalam kes ini geran hartanah berstatus kekal/selama-lamanya yang mana kebenaran pindah hakmilik daripada pejabat tanah yang berkenaan tidak diperlukan. Oleh yang demikian, proses pindah hakmilik daripada pemaju kepada Ali dan daripada Ali kepada Abu boleh dijalankan secara serentak dan ini secara tidak langsung menerangkan kita bahawa proses keseluruhan jual beli hartanah daripada Ali kepada Abu tidak akan mengambil masa yang lama dari masa yang di tetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli.

sumber : 
http://salsalim.blogspot.com/2010/06/kepentingan-pindahmilik-geran-yang-baru_13.html

No comments: