Tuesday, August 28, 2012

Petua Memilih atau Membuat Bunga Pegang Untuk Hari Perkahwinan

Petua Memilih atau Membuat Bunga Pegang
Untuk Hari Perkahwinan

1. Saiz bunga pegang bergantung kepada pilihan bunga bunga dan warna. Selalunya bunga pegang digubah bersaiz sederhana besar untuk mengelakkan pengantin kelihatan 'semak'. Jik
alau menggunakan bunga ros, pengantin hanya memerlukan satu atau dozen bunga sahaja tetapi mungkin berbeza mengikut jenis bunga yang digunakan.

2. Bunga hidup lebih sesuai berbanding bunga plastik kerana ia lebih cantik selain daripada menonjolkan konsep segar. Untuk memastikan kesegaran bunga, eloklah gubahan dibuat sehari sebelum bunga pegang itu hendak digunakan.

3. Warna pilihan bunga amat penting kerana jikalau terlampau kontras dengan warna pakaian, ia akan terlalu menarik tumpuan sehingga menenggelamkan fokus terhadap pengantin. Sebaik-baiknya biarlah warna bunga pegang itu senada dengan keseluruhan penampilan pengantin. Lebih malang, jika pilihan warna bunga pegang yang kurang sesuai menyebabkan pengantin perempuan kelihatan 'garang'. Sewajarnya pengantin perempuan kelihatan suci dan lembut di hari perkahwinannya.

4. Untuk riben ikatan bunga pula, seelok-eloknya pilih riben yang diperbuat daripada satin berkilat. Riben plastik nampak murah dan hanya sesuai jika ia berfungsi untuk mengikat jambangan sahaja. Riben satin yang berkilat boleh dibiarkan bergulung-gulung panjang untuk menambah keanggunan. Elakkan daripada bunga pegang dicacatkan hanya kerana pilihan riben yang kurang sesuai.

5. Kalau bunga plastik yang anda pilih, pastikan bunga yang dipilih berwarna pastel serta lembut. Warna garang hanya akan menyebabkan ciri-ciri plastik lebih ketara.

No comments: